Diiktiraf sebagai salah satu makanan kebangsaan, nasi lemak memang antara pilihan menu rakyat Malaysia kan?
Antara kelainan terbaru yang diolah pada nasi lemak ialah dengan menggunakan daun pandan dan perasanya. Keenakkan nasi lemak pandan ni membuatkan kita terfikir, mungkin susah nak masak nasi lemak ni.
Sebenarnya senang je tau! Jom, ikut Motherhood ke dapur sekejap?
Resepi Nasi Lemak Pandan
Resepi oleh: Dapur Biru
Bahan-Bahan
Bahan untuk nasi lemak
- 3 1/2 cawan beras yang dibasuh bersih
- Santan secukupnya
- Daun pandan yang disimpul
- Pewarna emulco pandan
- Sesudu kecil garam atau secukupnya
Bahan untuk telur
- 2-3 biji Telur
- Air secukupnya
Cara-Cara
1. Masukkan beras, daun pandan dan santan ke dalam periuk nasi.
2. Diikuti dengan garam dan pewarna emulco pandan, kacaukan dan masak nasi seperti biasa.
3. Nasi lemak pandan dah siap! Gemburkan nasi dengan elok ya.
4. Kemudian, kita rebuskan telur.
5. Telur rebus dah siap, bolehlah nak hidangkan.
6. Masukkan nasi lemak pandan ke dalam mangkuk untuk bentukkannya cantik.
7. Kemudian, hidangkan kesemuanya di atas daun pisang. Nasi lemak pandan siap!
Tips Memasak Resepi Nasi Lemak Pandan
- Leraikan nasi dengan lembut ya. Takut hancur pula.
- Santan segar lagi sedap daripada santan kotak tau.
- Sebaiknya, hidang di atas daun pisang lah. Ia akan mengeluarkan aroma yang lebih enak tau Mommy.
Memang sedap nasi lemak pandan ni. Kalau makan macam tu je pun dah sedap. Jika nak buat nasi lemak santan biasa je tanpa pandan, boleh cuba nasi lemak santan ni ya?
Resepi Nasi Lemak Pandan
Ingredients
Bahan untuk Nasi Lemak
- 3 1/2 cawan beras yang dibasuh bersih
- Santan secukupnya
- Daun pandan yang disimpul
- Pewarna emulco pandan
- 1 sudu kecil garam
Bahan untuk Telur
- 2-3 biji Telur
- Air
Instructions
- Masukkan beras, daun pandan dan santan ke dalam periuk nasi.
- Diikuti dengan garam dan pewarna emulco pandan, kacaukan dan masak nasi seperti biasa.
- Nasi lemak pandan dah siap! Gemburkan nasi dengan elok ya.
- Kemudian, kita rebuskan telur.
- Telur rebus dah siap, bolehlah nak hidangkan.
- Masukkan nasi lemak pandan ke dalam mangkuk untuk bentukkannya cantik.
- Kemudian, hidangkan kesemuanya di atas daun pisang. Nasi lemak pandan siap!
Selamat mencuba Mommy!
Dapatkan pelbagai resepi menarikĀ DI SINI.