Masukkan beras, daun pandan dan santan ke dalam periuk nasi.
Diikuti dengan garam dan pewarna emulco pandan, kacaukan dan masak nasi seperti biasa.
Nasi lemak pandan dah siap! Gemburkan nasi dengan elok ya.
Kemudian, kita rebuskan telur.
Telur rebus dah siap, bolehlah nak hidangkan.
Masukkan nasi lemak pandan ke dalam mangkuk untuk bentukkannya cantik.
Kemudian, hidangkan kesemuanya di atas daun pisang. Nasi lemak pandan siap!