Sedapnya Nasi Minyak Ni – Resepi Nasi Minyak Macam Di Kenduri

resepi nasi minyak
Kredit gambar: https://cookpad.com/

Selalunya makan nasi minyak di kenduri dan majlis kahwin lah kan? Jarang-jarang boleh jumpa di tempat lain. Bila dah teringin, mulalah mencari restoran mana yang jual. Sebenarnya, boleh je buat sendiri nasi minyak ni. Mommy mungkin duk fikir renyah dan susah, sebenarnya senang je!

Jom tengok resepi nasi minyak bawah ni, nanti boleh cuba terus:

Resepi Nasi Minyak Kenduri

Highlighted

nasi minyak kenduri
Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • 3 tin beras yang dibasuh bersih dan ditoskan
  • 4 tin air
  • Setengah tin susu cair
  • 3 sudu marjerin + sesudu minyak sapi
  • Selabu bawang besar yang dihiris halus
  • 8 ulas bawang merah yang dikisar
  • 4 ulas bawang putih yang dikisar
  • Seinci halia yang dikisar
  • 3 sup bunjut adabi
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Cairkan dan panaskan marjerin dan minyak sapi. Terus tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.

cair marjerin minyak sapi dan tumis
Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Masukkan bawang besar yang dihiris halus dan sambung menumis.

masuk bawng besar hiris
Kredit gambar: https://cookpad.com/

3. Bila dah layu, masukkan pula bahan yang dikisar.

masuk bahan kisar halus
Kredit gambar: https://cookpad.com/

4. Tumis hingga agak garing dan masukkan terus beras dan kacau sekejap.

masuk beras dan kacau
Kredit gambar: https://cookpad.com/

5. Kemudian tuangkan air dan susu.

masuk air dan susu (resepi nasi minyak)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

6. Diikuti dengan sup bunjut dan garam.

masuk sup bunjut (resepi nasi minyak)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

7. Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.

tutup periuk daan masak nasi (resepi nasi minyak)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

8. Bila nasi dah masak, gemburkan perlahan-lahan biar elok berderai.

gembur nasi bila dah masak (resepi nasi minyak)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

9. Nasi minyak siap untuk dihidang bersama acar dan lauk pilihan!

nasi minyak siap (resepi nasi minyak)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

Tips Memasak Nasi Minyak

  • Tips yang Mommy boleh cuba untuk masak nasi minyak lebih wangi dan sedap, tambahkan oren sunquick sedikit.

Resepi Nasi Minyak

Lebih kurang macam masak nasi ayam dan nasi tomato, cuma ada beberapa bahan tambahan lain je. Mudah kan?


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.

0 replies on “Sedapnya Nasi Minyak Ni – Resepi Nasi Minyak Macam Di Kenduri”