Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Oat Gurih Yang Unik & Savoury, Menu Sahur Penuh Nikmat

Kredit gambar: Budget Bytes

Seperti resepi yang lepas, apa sahaja resepi oat sangat digalakkan untuk dimakan dengan buah-buahan dan kekacang, bukan? Tapi Mommy tahu tak, kita boleh buat oat savori juga! Mari kita cuba lagi satu resepi oat untuk sahur kali ini!

Gantikan pula bubur nasi yang kita selalu makan dengan alternatif yang lebih sihat, iaitu oat savori. Rasa dia sama je dengan bubur nasi—kita boleh tambahkan ayam, daging, ikan, sambal, telur dan juga sayur-sayuran yang boleh memberi kita khasiat yang cukup dalam satu mangkuk.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak Resepi Oat Gurih yang flavourful, yang Mommy boleh hidangkan semasa sahur.

Print

Resepi Oat Gurih

Course Sarapan
Cuisine Melayu
Keyword Oat
Servings 2 orang
Author Kamarul Ariffin Nor Sadan

Ingredients

  • 10-15 sudu besar oat cepat masak
  • 2 biji telur
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 4 biji cendawan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar emping cili
  • ½ kiub pati ayam

Instructions

  • Tumis bawang putih dan halia yang telah dicincang.
  • Masukkan cendawan shitake yang sudah dicuci dan dihiris nipis. Tumis sehingga ia layu sedikit. Kalau kering sangat, letak sesudu air.
  • Letak sedikit kicap cair, atau kicap perasa (seasoning). Kicap ni masin, jadi berpada-pada bila gunakannya. Nak gantikan dengan kicap lemak masin pun boleh.
  • Kalau cendawan dah macam ni, boleh angkat dan ketepikan.
  • Panaskan air sehingga menggelegak, kecilkan sikit api, dan masukkan oat dan biarkan ia reneh sampai kembang. Jika sukakan bubur yang lebih cair, boleh tambah air.
  • Bila oat dah jadi bubur, letak dalam mangkuk dan sedia untuk dihiris bersama lauk sampingan seperti telur, cendawan, taburkan cili emping dan daun bawang. Boleh renjiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair untuk menambah selera.

Cara Masak Telur 'Poached'

  • Keluarkan isinya dari cengkerang dan masak di dalam air yang mereneh. Poach selama 2-3 minit dan tos.

Dibawah merupakan khasiat oat yang baik untuk kesihatan. Asyik makan je tetapi tak tahu khasiat yang dia beri kepada badan kita kan? Jom kita tambah ilmu.

Khasiat Oat

Kredit gambar: Medical News Today

Oat terbukti dapat menurunkan kolesterol LDL ataupun low-density lipoprotein.

Kajian menunjukkan, makan oat dikaitkan dengan purata penurunan kolesterol LDL sebanyak 7%.

Disamping itu, oat juga merupakan permulaan yang baik dan mudah untuk menyokong kesihatan jantung. Oat dapat membantu dalam:

  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membekalkan antioksidan
  • Menggalakkan bakteria sihat dalam usus
  • Rasa kenyang berpanjangan untuk menguruskan berat badan anda
  • Meringankan sembelit
  • Melegakan kegatalan dan kerengsaan kulit
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser kolon

Semoga Mommy mendapatkan manfaat oat dan nutrisi yang lain melalui resepi ini. Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan