Seperti yang kita tahu, telur adalah makanan ruji untuk sebahagian besar penduduk Malaysia. Setiap pagi, mesti kita akan sediakan telur separuh masak, nasi lemak dengan telur rebus, dan ada masanya, omelette.
Untuk pengetahuan Mommy, satu hidangan omelette sebenarnya boleh memberikan pelbagai khasiat kepada kesihatan kita. Mommy campak-campak je bahan dan siap untuk dihidangkan.
Kali ini di Motherhood, kita akan mengkongsikan resepi Omelette Cendawan dengan cara memasaknya dalam Air Fryer! Jangan risau, menu ini juga sesuai buat mereka yang sedang berdiet.
Sebelum itu, jom tengok apakah khasiat cendawan sebelum kita memulakan masakan kita.
Khasiat Cendawan
Cendawan adalah antara makanan yang sangat universal, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging/ayam, salad, dan sandwich.
Pengambilan cendawan membantu meningkatkan kesihatan seperti menjaga jantung kita. Ia juga kaya dengan vitamin C dan D. Oleh itu, Mommy perlu makan banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda.
Cendawan mengandungi protein yang tinggi, serat, vitamin, mineral dan ia juga rendah lemak. Selain itu, cendawan juga tinggi dengan antioksidan. Antara kelebihan memakan cendawan adalah:
- Antikanser – Kajian menunjukkan bahawa memakan cendawan secara berterusan dapat membantu mencegah dan merawat beberapa jenis kanser.
- Kesihatan imunisasi badan – B-glukan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Kemudian, salah satu komponen protein cendawan dikatakan mampu bertindak sebagai perangsang sistem imun, antiviral, antibakteria dan juga anti-kulat.
- Rendah kolesterol – Cendawan tidak mempunyai kalori atau lemak. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk membantu menurunkan kadar kolesterol.
- Sumber vitamin D – Untuk mendapatkan vitamin D, Mommy boleh makan cendawan setiap hari dan jadikan menu kebiasaan diet Mommy. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan mood dan memberikan tenaga, vitamin D juga dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat.
Walau bagaimanapun, tidak semua cendawan selamat untuk dimakan. Terdapat juga jenis-jenis cendawan yang bahaya dimakan kerana kandungan racun di dalamnya.
Menurut kajian, ciri-ciri cendawan yang selamat dimakan boleh dikenalpasti melalui ketiadaan bahan beracun di dalamnya atau bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada kita, mempunyai aroma dan rasa yang sedap, juga tekstur badannya yang lembut.
Sekarang Mommy dah tahu khasiat cendawan dan manfaat yang ia berikan kepada badan dan minda kita.
Sekarang kita boleh mula sediakan bahan dan masak Omelette Cendawan untuk seisi keluarga!
Omelette Cendawan
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
- 3 biji telur
- 5 biji cendawan butang (Dihiris)
- 1 biji cili hijau (Dihiris)
- ½ labu bawang Holland (Dipotong dadu)
- 1 sudu teh lada hitam kisar
- 1 sudu makan mayones
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 2 mangkuk aluminium saiz 6 x 4 inci
Instructions
- Mula-mula masukkan semua bahan kecuali minyak zaitun ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sapukan minyak zaitun di dalam mangkuk aluminium.
- Kemudian, tuangkan bancuhan telur ke dalam 2 mangkuk aluminium.
- Panaskan Air Fryer pada suhu 160°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Selepas itu, masukkan mangkuk aluminium ke dalam Air Fryer dan masak selama 15 minit.
- Keluarkan dan masukkan 1 lagi mangkuk aluminium. Masak lagi selamat 15 minit.
- Akhir sekali, keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.
Nak lagi sedap, Mommy juga boleh tambahkan keju mozarella. Terliur rasa!
Selamat mencuba dan jangan lupa nantikan pelbagai resepi menarik di Motherhood Story.