Go Back
+ servings

Omelette Cendawan

Prep Time 15 mins
Cook Time 33 mins
Total Time 48 mins
Course Sarapan
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients
  

  • 3 biji telur
  • 5 biji cendawan butang (Dihiris)
  • 1 biji cili hijau (Dihiris)
  • ½ labu bawang Holland (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 2 mangkuk aluminium saiz 6 x 4 inci

Instructions
 

  • Mula-mula masukkan semua bahan kecuali minyak zaitun ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  • Sapukan minyak zaitun di dalam mangkuk aluminium.
  • Kemudian, tuangkan bancuhan telur ke dalam 2 mangkuk aluminium.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 160°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Selepas itu, masukkan mangkuk aluminium ke dalam Air Fryer dan masak selama 15 minit.
  • Keluarkan dan masukkan 1 lagi mangkuk aluminium. Masak lagi selamat 15 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.
Keyword cendawan, omelette, sarapan, telur
Tried this recipe?Let us know how it was!