Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Lengkap Tengah Hari: Resepi Pajeri Nanas Yang Confirm Sedap!

Kredit gambar: Wen there 8 this & tasting table

Menu kali ini khas buat mereka yang gemarkan lauk kampung dan ‘sangat’ tekak Melayu iaitu Resepi Pajeri Nanas. Resepi yang lengkap dengan rasa masam, manis, masin (dan sedikit pedas) ini pasti menjadi lauk perfect untuk makan tengah hari Mommy dan keluarga.

Jika anak-anak masih belum makan lauk pedas, Mommy boleh sediakan resepi ini dalam kuantiti yang hanya mencukupi untuk Mommy dan Daddy sahaja ya.

Berikut merupakan Resepi Pajeri Nanas yang confirm sedap dan membuatkan kita tambah nasi!

Print

Resepi Pajeri Nanas

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Buah-buahan

Ingredients

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan cengkih
  • 1 paket serbuk kari ikan
  • 1 paket serbuk kari daging 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 udang kering
  • ½ cawan air (tumis 2-3 kali masuk air supaya rempah masak elok)
  • 1 biji nanas saiz sedang (tak sampai sebiji, dalam 5 potong bulat, kerat 2)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 cawan air
  • ½ cawan santan kotak
  • 2 sudu besar gula
  • ½ sudu besar serbuk gula melaka
  • 2 tangkai cili hidup (belah dua jangan putus)

Instructions

  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan bunga lawang, cengkih dan kayu manis.
  • Masukkan serbuk kari ikan, serbuk kari daging, serbuk cili dan air kacau rata.
  • Masukkan udang kering dan kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan nanas, gula, serbuk gula melaka, kerisik. Masukkan air sedikit dan gaul rata. Biar mendidih. Masukkan cili yang dibelah tadi. Siap sedia untuk dihidang.

Tips Memilih Nanas Yang Sesuai

Kredit gambar: Tasting Table

Sebelum kita mula masak, kita ada tips untuk Mommy tau! Ada sesetengah nanas keras dan susak untuk dimakan.

Jadi, sebelum Mommy mula memasak pajeri ini, Mommy boleh celurkan nanas yang ingin digunakan ke dalam air yang mendidih. Ini untuk buang sedikit rasa masam semula jadi daripada nanas tersebut, tetapi ia adalah optional ya. Mommy tak nak celur pun boleh.

Mari kita lihat ciri-ciri nanas yang empuk untuk digunakan dalam masakan ini:

#1 Daun Mesti Hijau

Sebelum membeli nanas, pastikan daun tangkainya berwarna hijau segar. Ia memainkan peranan dalam kesegaran nanas yang kita pilih tu. Untuk pengetahuan Mommy, lebih berat nanas tersebut, lebih manis isinya!

#2 Berukuran Lebar

Ukuran nanas juga penting dalam pemilihan nanas. Nanas yang mempunyai ukuran yang besar juga menyumbang pada rasa manisnya. Lagi lebar nanas tersebut, pasti akan lebih manis! Kalau Mommy risau ia terlalu berat, tidak mengapa. Sebelum masak nanti kita akan buang daun dan kulitnya.

#3 Pilih Yang Tidak Terlalu Keras

Awas dengan nanas yang permukaannya banyak kerutan seperti ia mengecut. Ia adalah salah satu sebab menunjukan nanas tersebut masih belum cukup masak. Mommy boleh tekan sedikit dengan jari untuk memastikkan ia empuk dan sedia untuk dipakai dalam masakan.

#4 Aroma Nanas

Bau nanas juga memainkan peranan semasa memilih nanas. Cium bau nanas untuk memastikan ia berbau manis dan wangi. Kalau ada bau tersebut, ia sudah cukup masak untuk digunakan dalam hidangan Mommy!

Kredit gambar: Delishably

Sebelum mula memasak, kita mesti cari bahan-bahan yang fresh baru la masakan lebih enak dan mantap! Pajeri nanas ni sesuai sangat makan dengan nasi hujan panas, nari beriyani, nasi minyak. Boleh lah add-on untuk menu raya tahun ini!

Selamat bersahur dan selamat mencuba!

Kredit resepi: Instagram Rosehayatie_kitchen