Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Popia Basah – Mudah Je Nak Buat!

resepi popia basah

Kredit gambar: www.majalahpama.my

Popia basah merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia. Terdiri daripada kulit popia yang lembut dan diisi dengan pelbagai bahan yang lazat, Hidangan ini sering dihidangkan semasa perayaan atau majlis keraian tambah-tambah sebagai menu santapan petang.

Jadi, kalau Mommy semua suka makan popia basah ini, di bawah merupakan panduan mudah untuk membuat resepi popia basah yang sedap dan gebu!

Resepi Popia Basah

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Air
  • Garam
  • Berus silikon atau alat sapu yang sesuai

Bahan-bahan untuk Inti Popia Basah:

  • Sengkuang
  • Lobak merah
  • Udang kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Garam

Bahan-bahan Sos Merah:

  • Taucu manis
  • Gula Melaka
  • Minyak bijan
  • Cili boh
  • Pes asam jawa
  • Tepung jagung

Cara Memasak Kulit Popia:

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan
  1. Campurkan tepung gandum dengan air dan garam secubit hingga membentuk campuran cair.
  2. Sapukan campuran tersebut pada kuali yang sudah dipanaskan.
  3. Gunakan berus silikon untuk menyapu campuran dari luar ke dalam, membentuk bulatan tipis.
  4. Lakukan proses tersebut hingga kulit popia nipis dan rata.
  5. Ulangi proses sebanyak 15 kali.

Cara Memasak Inti Popia Basah:

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan
  1. Rendam udang kering dalam air panas selama 15 minit, cincang halus setelah kembang.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan udang kering yang telah dicincang, tumis sebentar.
  4. Tambahkan lobak dan sengkuang, gaul rata.
  5. Sisihkan dan tambahkan sos tiram sebagai penaik rasa. Gaul sebati, tambahkan garam secukupnya.
  6. Tambahkan sedikit minyak bijan untuk aroma.
  7. Ketepikan.

Cara Memasak Sos Merah:

Kredit gambar: Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan
  1. Kisar bahan-bahan asas dalam pengisar makanan bersama minyak bijan dan air.
  2. Masukkan campuran ke dalam periuk dan renehkan hingga masak.
  3. Sesuaikan rasa dengan tambahan madu jika perlu.
  4. Gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai pemekat jika sos terlalu cair.
  5. Kacau hingga berkilat dan likat.
  6. Ketika masih panas, sesuaikan kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos.
resepi popia basah
Print

Resepi Popia Basah

Course Pembuka Selera, Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri

Equipment

  • Berus silikon atau alat sapu yang sesuai

Ingredients

Bahan-bahan Kulit Popia:

  • Tepung gandum
  • Air
  • Garam

Bahan-bahan untuk Inti Popia Basah:

  • Sengkuang
  • Lobak merah
  • Udang kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Garam

Bahan-bahan Sos Merah:

  • Taucu manis
  • Gula Melaka
  • Minyak bijan
  • Cili boh
  • Pes asam jawa
  • Tepung jagung

Instructions

Cara Menyediakan Kulit Popia:

  • Campurkan tepung gandum dengan air dan garam secubit hingga membentuk campuran cair.
  • Sapukan campuran tersebut pada kuali yang sudah dipanaskan.
  • Gunakan berus silikon untuk menyapu campuran dari luar ke dalam, membentuk bulatan tipis.
  • Lakukan proses tersebut hingga kulit popia nipis dan rata.
  • Ulangi proses sebanyak 15 kali.

Cara Memasak Inti Popia Basah:

  • Rendam udang kering dalam air panas selama 15 minit, cincang halus setelah kembang.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan udang kering yang telah dicincang, tumis sebentar.
  • Tambahkan lobak dan sengkuang, gaul rata.
  • Sisihkan dan tambahkan sos tiram sebagai penaik rasa. Gaul sebati, tambahkan garam secukupnya.
  • Tambahkan sedikit minyak bijan untuk aroma dan ketepikan.

Cara Memasak Sos Merah:

  • Kisar bahan-bahan asas dalam pengisar makanan bersama minyak bijan dan air.
  • Masukkan campuran ke dalam periuk dan renehkan hingga masak.
  • Sesuaikan rasa dengan tambahan madu jika perlu.
  • Gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai pemekat jika sos terlalu cair.
  • Kacau hingga berkilat dan likat.
  • Ketika masih panas, sesuaikan kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos.

Selamat mencuba resepi popia basah ini! Mommy boleh juga ubahsuai intinya mengikut citarasa peribadi Mommy sendiri.


Ikuti panduan memasak resepi-resepi menarik yang lain di SINI!