Popia Nestum merupakan hidangan yang mudah disediakan dengan langkah-langkah yang ringkas dan hasilnya pasti memikat hati tetamu, suami, dan anak-anak. Ia juga sesuai untuk hidangan raya, memberikan variasi yang lazat di meja makan.
Dengan mengikuti resepi langkah demi langkah berikut, Mommy dapat menikmati kelazatan popia Nestum yang enak dan memuaskan ini. Jom cuba buat!
Resepi Popia Nestum
Bahan-bahan:
- 1/2 bungkus kulit popia
- Lidi sate/straw
- 1 cawan nestum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 susu tepung/horlicks
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara masak:
#1. Pertama sekali, ambil kulit popia dan gulungkan dengan panjang mengikut gambar di bawah.
#2. Pastikan untuk tidak menggulung terlalu tebal dan biarkan sedikit ruang di tengah gulungan popia. Mommy boleh menggunakan lidi sate atau straw untuk membantu dalam proses ini.
#3. Selepas menggulung popia, gunting dengan potongan serong atau menegak mengikut citarasa Mommy.
#4. Goreng popia dengan menggunakan api sederhana sehingga mencapai warna kekuningan. Elakkan menggunakan api yang terlalu besar, kerana popia mudah hangus.
#5. Setelah masak, angkat dan toskan. Sementara menunggu popia sejuk, kisar 1 cawan Nestum dan 1/2 cawan gula menggunakan mesin pengisar kering.
#6. Campurkan nestum dan gula dengan susu tepung sebanyak 1/2 cawan. Mommy boleh menggunakan susu Nespray atau menukar dengan Horlicks mengikut selera anda. Ini merupakan sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia.
#7. Letakkan popia yang telah digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan campuran nestum, gula, dan susu tadi.
Pastikan popia sudah sejuk sebelum taburan dilakukan, untuk mengelakkan campuran daripada cair dan membuat popia berlengas.
#8. Tutup bekas dengan rapat dan goncangkan hingga campuran nestum, gula, dan susu menyelaputi setiap bahagian popia. Siap untuk dinikmati.
Resepi Popia Nestum
Ingredients
- 1/2 bungkus Kulit popia
- Lidi Sate/straw
- 1 cawan Nestum
- 1/2 cawan Gula
- 1/2 Susu tepung/horlicks
- Minyak untuk menggoreng
Instructions
- Ambil kulit popia dan gulungkan dengan panjang. Pastikan untuk tidak menggulung terlalu tebal dan biarkan sedikit ruang di tengah gulungan popia.
- Anda juga boleh menggunakan lidi sate atau straw untuk membantu dalam proses ini.
- Selepas menggulung popia, gunting dengan potongan serong atau menegak mengikut citarasa anda.
- Goreng popia dengan menggunakan api sederhana sehingga mencapai warna kekuningan. Elakkan menggunakan api yang terlalu besar, kerana popia mudah hangus.
- Setelah masak, angkat dan toskan. Sementara menunggu popia sejuk, kisar 1 cawan Nestum dan 1/2 cawan gula menggunakan mesin pengisar kering.
- Campurkan nestum dan gula dengan susu tepung sebanyak 1/2 cawan. Anda boleh menggunakan susu tepung atau Horlicks mengikut selera anda. Ini merupakan sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia.
- Letakkan popia yang telah digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan campuran nestum, gula, dan susu tadi. Pastikan popia sudah sejuk sebelum taburan dilakukan, untuk mengelakkan campuran daripada cair dan membuat popia berlengas.
- Tutup bekas dengan rapat dan goncangkan hingga campuran nestum, gula, dan susu menyelaputi setiap bahagian popia. Siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba resepi popia nestum yang sangat-sangat digemari ramai orang terutama golongan kanak-kanak ini di rumah!
Mommy semua boleh ikuti panduan resepi masakan menarik dan sangat sedap yang lain di SINI!