Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Popia Sayur – Menu Sihat Yang Super Lazat

resepi popia sayur

Kredit gambar: www.kasihjuju.com

Popia sayur adalah hidangan yang mudah disediakan dan menyihatkan, sesuai untuk hidangan ringan atau minuman petang.

Kalau Mommy nak tahu, resepi popia sayur ini menggabungkan sayur-sayuran yang segar dengan kulit popia yang lembut, dihidangkan puls dengan sos yang pedas dan sedap. Mommy boleh cuba try resepi sedap ini di bawah!

Resepi Popia Sayur

Bahan-bahan untuk Popia:

  • Kulit popia segera 
  • 1 batang timun, dipotong halus
  • 1 batang carrot, dipotong halus
  • 300g tauge
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk Sos Popia:

  • 1 biji bawang putih (lebih banyak untuk rasa yang lebih kaya)
  • 1 mangkuk sos cili
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 5 sudu gula
  • 2 sudu cuka
  • Garam
  • 1 mangkuk air

Cara Memasak Popia Sayur:

#1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.

#2. Masukkan kiub ayam dan goreng sehingga garing.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Tambahkan sayur-sayuran (timun, carrot, tauge) dan goreng sehingga sayur-sayuran masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Angkat dan toskan airnya, biarkan sejuk sebelum dibalut dengan kulit popia.

Cara-cara Balut Popia:

#1. Gulung popia seperti dalam gambar sehingga siap satu paket.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur untuk mengelakkan ia daripada terbuka semasa proses penggorengan.

Cara Memasak Sos Popia:

#1. Masukkan semua bahan sos ke dalam periuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukup rasa.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Sedia dihidangkan untuk dinikmati bersama popia sayur.

resepi popia sayur
Print

Resepi Popia Sayur

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri

Ingredients

Bahan-bahan untuk Popia:

  • 1 paket Kulit popia
  • 1 batang Timun (dipotong halus)
  • 1 batang Lobak merah (dipotong halus)
  • 300 gm Taugeh
  • 1 kiub Pati Ayam
  • 1 biji Bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas Bawang puti (dikisar)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk Sos Popia:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk Sos cili
  • 2 senduk kecil Cili boh
  • 5 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Cuka
  • Garam
  • 1 mangkuk Air

Instructions

Cara Memasak Popia:

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan kiub ayam dan goreng sehingga garing.
  • Tambahkan sayur-sayuran (timun, carrot, tauge) dan goreng sehingga sayur-sayuran masak sepenuhnya.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Angkat dan toskan airnya, biarkan sejuk sebelum dibalut dengan kulit popia.

Cara Memasak Sos Popia:

  • Masukkan semua bahan sos ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukup rasa.
  • Sedia dihidangkan untuk dinikmati bersama popia sayur.

Cara-cara Balut Popia:

  • Gulung popia seperti dalam gambar sehingga siap satu paket.
  • Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur untuk mengelakkan ia daripada terbuka semasa proses penggorengan.

Hidangan ini adalah pilihan yang cukup menyegarkan untuk dinikmati bersama-sama sebagai hidangan ringan atau dijadikan pilihan minuman petang, khasnya jika disajikan bersama-sama dengan kopi o atau pun teh o panas.

Untuk tambat perut anak-anak dengan hidangan yang penuh kepelbagaian khasiat, kami cadangkan kepada Mommy semua untuk mencuba resepi yang super lazat ini. Selamat mencuba!


Ikuti panduan memasak resipi menarik yang lain di SINI!