Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Rendang Daging Hijau, Tradisi Turun Temurun Yang Sangat Enak!

resepi rendang daging hijau

Kredit gambar: www.borakkita.com

Mommy pernah makan resepi rendang daging hijau tak? Jarang kan kita dengar menu rendang hijau ni?

Yang tahunya rendang minang, rendang tok dan lain-lain lagilah rendang tapi kalau sebut pasal rendang hijau ni memang sangat-sangat jarang. Rasanya pun tak tahu macam mana kan!.

Jadi, disebabkan menu ini jarang diketengahkan, melalui perkongsian kali ini, kami nak kongsikan kepada Mommy semua menu yang sangat sedap dan mudah disediakan ini.

Kalau Mommy nak tahu, berbeza dengan masakan rendang yang lain, rendang hijau ini, bahan utamanya adalah cili padi. Disebabkan cili padi ini warnanya adalah hijau, sebab itulah namanya digelar sebagai rendang hijau.

Tanpa membuang masa, jom lihat bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang sangat lazat ini!

Resepi Rendang Daging Hijau

Kredit gambar: Facebook @Nur Kasih Fiezaimi Fiza

Bahan-bahanĀ 

  • 500gm daging
  • 4 batang serai
  • 3 keping asam keping
  • Gula
  • Garam
  • 200ml santan
  • Minyak masak
  • 1 helai daun kunyit

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili hijau (besar)
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara-cara memasak:

#1. Potong daging kecil-kecil dan sedikit nipis. Basuh sehingga bersih dan toskan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Masukkan minyak secukupnya untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga berbau harum.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#3. Setelah tumisan berbau harum, masukkan serai yang telah diketuk terlebih dahulu, asam keping dan juga gula melaka.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#4. Seterusnya, masukkan daging yang telah dipotong kecil-kecil dan sedikit nipis tadi.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#5. Gaul daging supaya ia berpalit dengan bahan tumisan sehingga sebati. Masak menggunakan api sederhana.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#6. Kemudian, masukkan air secukupnya supaya daging masak sepenuhnya.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#7. Apabila daging sudah separa empuk perasakan ia dengan gula dan garam mengikut citarasa Mommy.

#8. Selepas itu ambil tudung periuk untuk menutup periuk dan masak sehingga daging menjadi agak lembut.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#9. Apabila daging sudah agak lembut masukkan santan. Masak sehingga ia agak kering dan pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

#10. Setelah daging betul-betul masak, taburkan daun kunyit untuk membangkitkan lagi aroma rendang daging hijau.

Kredit gambar: Facebook @Wafaa Safiyya

Kacau seketika sebelum memadamkan api. Siap untuk dinikmati.

Tips Menyediakan Resepi Rendang Daging Hijau

  • Rebus daging terlebih dahulu sebelum memasak, masukkan sudu tahan karat, daun nangka, buah pinang tua dan lain-lain petua untuk mempercepatkan lagi daging empuk.
  • Hiris daging nipis-nipis jika tidak mahu merebus terlebih dahulu.
  • Ketuk daging sebelum memasak.
  • Perap daging terlebih dahulu sebelum memasak. Selain mempercepatkan proses memasak, lebih lama diperap menjadikan daging lebih sedap.
  • Masak menggunakan periuk tekanan.
  • Pilih daging yang kurang lemak dan berurat.
resepi rendang daging hijau
Print

Resepi Rendang Daging Hijau

Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging

Ingredients

  • 500 gram daging
  • 4 batang serai
  • 3 keping asam keping
  • gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 200 ml santan
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 helai daun kunyit

Bahan untuk dikisar

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili hijau besar
  • 1 inci halia
  • 1 sb jintan putih
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb lada hitam

Instructions

  • Potong daging kecil-kecil dan sedikit nipis. Basuh sehingga bersih dan toskan.
  • Masukkan minyak secukupnya untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga berbau harum.
  • Setelah tumisan berbau harum, masukkan serai yang telah diketuk terlebih dahulu, asam keping dan juga gula melaka.
  • Seterusnya, masukkan daging yang telah dipotong kecil-kecil dan sedikit nipis tadi.
  • Gaul daging supaya ia berpalit dengan bahan tumisan sehingga sebati. Masak menggunakan api sederhana.
  • Kemudian, masukkan air secukupnya supaya daging masak sepenuhnya.
  • Apabila daging sudah separa empuk perasakan ia dengan gula dan garam mengikut citarasa Mommy.
  • Selepas itu ambil tudung periuk untuk menutup periuk dan masak sehingga daging menjadi agak lembut.
  • Apabila daging sudah agak lembut masukkan santan. Masak sehingga ia agak kering dan pecah minyak.
  • Setelah daging betul-betul masak, taburkan daun kunyit untuk membangkitkan lagi aroma rendang daging hijau.
  • Kacau seketika sebelum memadamkan api. Siap untuk dinikmati.

Semoga dengan perkongsian resepi ini, Mommy semua dapat mempelbagaikan lagi variasi masakan. Selamat mencuba!


Mommy boleh juga cuba pelbagai lagi resepi masakan menarik yang lain di SINI!