Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Rendang Daging Yang Enak Dan Empuk, Rasa Macam Raya!

Resepi rendang daging begitu enak dinikmati bersama-sama dengan ketupat, lemang, nasi impit ataupun pulut kuning dan ia sangat digemari oleh semua orang.

Sebenarnya, terdapat banyak resepi rendang daging yang telah dikongsi di pelbagai platform untuk memudahkan orang ramai memasaknya. Seperti resepi yang telah kami kongsikan di dalam ini, Mommy pasti tidak akan kecewa jika merasainya.

Aroma yang terhasil ketika memasaknya membangkitkan selera apatah lagi jika disediakan ketika membuat persiapan menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Haji.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasaknya menghasilkan bau yang sangat wangi sehingga membuat kita berasa tidak sabar untuk menikmatinya.

Jika Mommy penggemar rendang daging, resepi yang kami kongsikan ini perlu dicuba kerana ia sungguh sedap, enak dan lazat. Mommy pasti puas hati. Selamat mencuba!

Cara Untuk Masak Resepi Rendang Daging

Kredit gambar: irdresearch.com

Berikut merupakan cara-cara untuk menyediakan rendang daging iaitu:

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 kilo daging tempatan
  • 2 genggam cili kering (direndam di dalam air panas)*
  • 4 biji bawang sederhana besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 10 batang serai*
  • 4 biji kunyit hidup*
  • Santan segar
  • 4 sdb kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 3/4 gula gerek/nisse
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Minyak masak
  • 1 helai daun pandan dicarik-carikkan
  • 4 helai daun kunyit dicarik-carikkan
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 7 helai daun limau purut dikoyak dua

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy basuh daging sehingga bersih dan toskan seketika.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian, kisarkan semua bahan yang mempunyai tanda ‘*’ sehingga lumat.

#2. Seterusnya, Mommy rebus daging sehingga ia menjadi setengah empuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah daging empuk, Mommy panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Apabila bahan tersebut bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau, baharulah Mommy masukkan daging.

#3. Masukkan juga daun pandan yang telah dicarik tadi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian, Mommy masukkan pula santan, gula gerek/nisse dan asam gelugur. Mommy perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

#4. Masak seketika dan masukkan pula daun kunyit yang telah dicarik bersama dengan daun limau purut.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Tunggu sehingga kuah menjadi kering, baharulah dimasukkan kerisik.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Masak sehingga kuah berpalit dengan daging.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Siap untuk dihidangkan. Hiaskannya dengan daun kunyit yang dihiris halus.

Tips/Petua Memasak Resepi Rendang Daging 

  • Gunakan daging dari jenis daging batang pinang atau daging pejal untuk memudahkan bahan-bahan meresap masuk ke dalam daging dan menjadikan rasanya lebih sedap lagi.
  • Lebih banyak bahan yang Mommy gunakan, rasa rendang akan jadi lebih sedap lagi.
  • Pastikan Mommy memasaknya sampai pecah minyak dengan gunakan api yang perlahan sahaja. Untuk percepatkannya, tutup kuali atau periuk yang Mommy gunakan.
  • Tambah air sedikit jika Mommy lihat daging masih belum empuk sepenuhnya.
  • Penambahan kerisik dalam masakan rendang adalah untuk menaikkan lagi aromanya, tetapi boleh juga kalau Mommy tidak mahu masukkannya dalam rendang.
  • Mommy boleh gantikan santan dengan susu cair atau yogurt mengikut citarasa Mommy.
resepi rendang daging
Print

Resepi Rendang Daging

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging

Ingredients

  • 1 1/2 kilo daging tempatan
  • 2 genggam cili kering (direndam di dalam air panas)*
  • 4 biji bawang sederhana besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 10 batang serai*
  • 4 biji kunyit hidup*
  • Santan segar
  • 4 sdb kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 3/4 gula gerek/nisse
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Minyak masak
  • 1 helai daun pandan dicarik-carikkan
  • 4 helai daun kunyit dicarik-carikkan
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 7 helai daun limau purut dikoyak dua

Instructions

  • Basuh daging sehingga bersih dan toskan seketika. Kemudian, kisarkan semua bahan yang mempunyai tanda '*' sehingga lumat.
  • Rebus daging sehingga ia menjadi setengah empuk. Setelah daging empuk, panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Apabila bahan tersebut bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau, baru masukkan daging.
  • Masukkan juga daun pandan yang telah dicarik tadi. Kemudian, masukkan pula santan, gula gerek/nisse dan asam gelugur, dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  • Masak seketika dan masukkan pula daun kunyit yang telah dicarik bersama dengan daun limau purut.
  • Tunggu sehingga kuah menjadi kering, baharulah dimasukkan kerisik.
  • Masak sehingga kuah berpalit dengan daging.
  • Siap untuk dihidangkan. Hiaskannya dengan daun kunyit yang dihiris halus.

Mommy boleh tengok di SINI cara-cara untuk melembutkan daging. Semoga membantu!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.