Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Roti Telur Cheese Leleh Yang Pasti Menambat Hati Seisi Keluarga Ramadan Ini

Influencer terkenal atau Super Daddy Khairul Abdullah kongsikan satu lagi resepi mudah dengan hanya menggunakan roti iaitu Roti Telur Cheese Leleh.

Bak kata kapsyen yang dikongsikan menerusi post tersebut ‘rangup di keliling, leleh cair di dalam, lengkap segala rasa‘. Fuhhh…betul-betul menangkap mata dan menarik minat untuk dikongsikan dengan Mommy semua!

Kredit gambar: Akaun Instagram Khairul Abdullah (@mynameiskhairul)

Jom lihat cara-cara untuk memasak Resepi Roti Telur Cheese Leleh ini dan mengapa roti sangat sesuai dijadikan menu sahur jika dibandingkan dengan nasi.

Print

Resepi Roti Telur Cheese Leleh

Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri, Keluarga
Prep Time 5 minutes
Cook Time 15 minutes
Total Time 20 minutes
Author Khairul Abdullah

Ingredients

  • 4 keping Roti putih
  • 2 biji Telur Dipukul
  • 4 keping Keju Mozzarella
  • 1 sudu kecil Bawang Dipotong dadu
  • 1 sudu kecil Daun bawang Dipotong kecil
  • 1 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Sosej Dipotong dadu

Instructions

  • Tebuk permukaan roti menjadi petak (sebaiknya ikut saiz kepingan keju). Kalau pakai keju jenis grated, boleh tebuk permukaan ikut saiz yang dikehendaki.
  • Letakkan sedikit mentega atas kuali/pan dan letakkan roti yang telah dibuat lubang.
  • Masukkan sosej dan bawang serta daun bawang. Biarkan ia masak sementara. Kemudian masukkan telur dan diikuti dengan keju.
  • Taburkan garam dan lada hitam. Biarkan roti masak sehingga ia mengeras sedikit/sehingga cheese mula cair.
  • Tutupkan lubang roti tadi dengan kepingan roti yang telah dipotong sebelumnya. Terbalikkan roti ini dan biarkan ia masak seketika.
  • Apabila roti mula garing keperangan, angkat dan letakkan di atas pinggan, dan sedia untuk dihidang!

Mengapa Roti Lebih Bagus Untuk Sahur Jika Dibandingkan Dengan Nasi Semasa Sahur?

Rendah Kalori

Sewaktu berpuasa, pemakanan kita bergantung kepada keperluan khasiat yang diperlukan sewaktu bersahur dan berbuka puasa kerana ia memfokuskan kepada tenaga dan tujuan sebenar berpuasa. Apabila kita berpuasa, semua organ-organ sistem pencernaan akan berehat untuk seketika, seolah-olah kita menekan butang ‘reset’ agar mereka ‘refresh’ seketika. 

Jadi, jika kita makan nasi ketika sahur mahupun berbuka, ia seperti kita sedang menambah ‘kerja’ organ sistem pencernaan, khususnya di bahagian usus. Jika kita makan roti atau makanan lain, tubuh kita tidak akan ‘terkejut’ setelah berehat seketika dalam beberapa jam. 

Roti sebagai menu utama sewaktu bulan Ramadan adalah jauh lebih sihat berbanding dengan nasi kerana ia rendah kalori. Plus, Mommy tak perlu nak prepare masakan lain seperti lauk pauk sehingga beberapa jenis untuk dijamah bersama nasi. Ini akan menyebabkan jumlah pengambilan kalori juga akan bertambah dan terkesan. 

Jadi, kalau Mommy plan nak turunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat, inilah masanya.

Kredit gambar: Akaun Instagram Khairul Abdullah (@mynameiskhairul)

Penurunan Berat Badan Segera

Makan roti juga membantu menurunkan berat badan dalam kadar segera. Kajian menunjukkan bahawa orang yang memilih roti berbanding nasi telah berjaya menurunkan berat badan dengan lebih ketara. 

Mommy juga akan kurang terdedah kepada penyakit jantung, penyimpanan lemak yang tidak sihat, diabetes dan banyak lagi. Malah, Mommy akan lihat perubahan positif pada fizikal dan dalaman apabila makan roti waktu sahur dan berbuka puasa.

Kandungan Zat dan Nutrisi

Dari segi serat, roti diperbuat daripada kandungan bijirin yang jauh lebih berkhasiat. Serat adalah sihat untuk saluran penghadaman, mengehadkan penyakit jantung dan membantu dalam penurunan berat badan. 

Tidak seperti nasi, roti bersifat lebih ‘ringan’ dan tidak akan menyebabkan badan rasa cepat letih selepas makan. Sebab tu lah Mommy akan rasa mengantuk apabila makan nasi waktu sahur atau berbuka puasa. Roti? Not so much

Apabila nasi dimakan, rasa mengantuk cenderung berlaku selepas pengambilannya kerana kandungan kanji dan lemak yang terdapat di dalamnya berbanding dengan roti. 

Kredit gambar: Akaun Instagram Khairul Abdullah (@mynameiskhairul)

Kepelbagaian Dalam Penyediaan Menu Sahur atau Berbuka Puasa

Mungkin Mommy boleh makan roti begitu sahaja, namun terdapat pelbagai jenis, bentuk, dan perisa roti, dan ia boleh dimasak atau dihidangkan dalam pelbagai jenis variasi masakan. 

Untuk lebih menarik, Mommy boleh cecahkan roti bersama kuah kegemaran seperti kari atau sapuan mentega, jem strawberi dan banyak lagi hidangan tambahan tanpa perlu rasa bersalah. 


Mommy juga boleh cuba resepi Cheesy Egg Toast yang juga sama mudah ini. Jangan lupa untuk nantikan resepi seterusnya hanya di Motherhood Story.