Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis ‘Special’ Kegemaran Semua

STINK BEAN, atau lebih dikenali sebagai petai, banyak dimakan di Asia Tenggara. Buah petai tumbuh tergantung dari pokoknya, yang dibaluti dengan kulit luar yang keras. 

Di dalam kulit tersebut mengandungi buah petai yang berwarna hijau terang dan berbentuk seperti badam, yang mengeluarkan bau yang agak pelik tetapi menjadi kegemaran ramai dan juga berkhasiat. 

Petai boleh dimakan mentah atau dimasak. Lebih menarik lagi, petai juga telah digunakan sebagai salah satu sumber untuk merawat diabetes, darah tinggi, dan masalah buah pinggang. 

Buah petai yang muda sering dimakan mentah manakala yang sudah masak lebih sedap apabilda dihidangkan bersama rasa kuat yang lain seperti sambal atau pes udang untuk resepi sambal petai; menu pedas dan sangat lazat! 

Para peminat petai (seperti saya) pasti sangat sukakan menu yang menyelerakan ini. 

Selain sering dihidangkan bersama Nasi Lemak dan juga nasi kosong biasa bagi rakyat Malaysia, sambal petai merupakan antara menu yang tidak asing bagi bangsa Melayu, Cina, India, Nyonya dan juga Eurasian. 

Senang cakap, Sambal Petai merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sangat mudah untuk dijumpai di restoran di seluruh negara, hidangan ini juga menjadi menu masakan para ibu di rumah. 

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana saya memasak hidangan yang menyelerakan ini.

Print

Sambal Petai Ikan Bilis

Resepi sambal petai kegemaran rakyat Malaysia.
Servings 4 orang

Ingredients

  • 50 g buah petai
  • 50 g ikan bilis
  • 1 dozen telur burung puyuh
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 tangkai cili merah
  • 1 inci pes udang kering
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • Minyak untuk menumis

Instructions

  • Keluarkan lapisan kulit tebal dan lapisan putih pada buah petai.
  • Potong buah petai kepada setengah untuk memeriksa sama ada terdapat cacing atau tidak & bersihkan.
  • Rebus telur burung puyuh.
  • Tanggalkan kulit telur burung puyuh dan ketepikan.
  • Kisar bawang putih, bawang merah, pes udang kering, serai dan cili merah. Ketepikan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Goreng telur burung puyuh yang telah direbus tadi hingga garing dan ketepikan.
  • Goreng ikan bilis hingga menjadi keemasan dan garing.
  • Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  • Goreng hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris, sedikit air asam jawa dan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan buah petai tersebut. Anda boleh menambahkan petai pada akhir proses memasak jika anda lebih sukakan teksturnya yang rangup semasa menjamah.
  • Masukkan telur burung puyuh yang telah digoreng dan kemudian masukkan ikan bilis goreng.
  • Kacau hingga semuanya sebati dan siap untuk dihidang bersama nasi panas!

Walau bagaimana sedap sekali pun menu ini, saya tidak nasihat untuk anda memakannya semasa first date anda 😉

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story