Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sambal Sotong Yang Ringkas Dan Lazat

resepi sambal sotong

Sumber: cutescottish.com

Sesiapa yang lahir dan membesar di Malaysia tak mungkin tak kenal sambal kan? Sambal adalah hidangan tepi yang hampir selalu ada di meja makan; sama ada sambal tumis, sambal kicap, sambal belacan dan macam-macam lagi jenis sambal. Kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi sambal sotong yang mudah dan tentu terangkat!

Sambal sotong ini boleh dimakan dengan nasi putih, roti canai dan macam-macam lagi makanan ruji lain. Untuk memasak resepi sambal sotong ini pun senang sahaja dan hanya menggunakan sedikit bahan-bahan ringkas yang selalunya ada je di dapur.

Selain sotong, bahan-bahan yang diperlukan hanyalah bawang besar dan bawang putih, cili boh atau cili kering yang dikisar, air asam jawa, kicap manis dan juga dilengkapkan dengan garam dan gula. Memandangkan bahan-bahannya pun sikit, tentu resepi sambal sotong ni mudah nak buat, betul tak?

Kredit gambar: ninamirza.com

Jom tengok cara-cara untuk memasaknya.

Cara-cara Memasak Resepi Sambal Sotong

1. Pertama sekali, bersihkan sotong dengan membuang kulit, dakwat dan matanya. Kemudian potongnya bulat-bulat dan letakkan di tepi.

2. Sediakan bahan-bahan untuk ditumis seperti bawang besar yang telah dikisar dan bawang putih yang diketuk dan dicincang.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga betul-betul garing.

Kredit gambar: rasa.my

4. Apabila bawang dah garing, masukkan cili boh atau cili kisar dan kacau rata.

Kredit gambar: rasa.my

5. Seterusnya, perasakan dengan gula. Kalau Ibu suka sambal yang agak manis, boleh tambah lagi kuantiti gula. Buat sesetengah orang, kalau lebih sukakan gula kerek, boleh je gantikannya dengan gula putih.

*penggunaan gula kerek dalam membuat sambal akan membuatkan rupa sambal lebih menarik dan cantik berkilat. 

6. Teruskan dengan memasukkan air asam jawa dan kicap manis, kacau sehingga sebati. Tambahkan juga garam pada waktu ini secukupnya.

7. Akhir sekali, masukkan sotong dan kacau rata. Tak perlu tambah air ya kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri. Tambahan pula, air yang berlebihan akan membuatkan sambal terlalu cair.

Kredit gambar: rasa.my

8. Hidangkan sambal sotong ini panas-panas dengan nasi putih, tentu sekejap je habis!

Kredit gambar: rasa.my

Selamat mencuba Ibu!

Print

Resepi Sambal Sotong

Walaupun kadang-kala memasak sambal rasa leceh, tapi kalau dibuat sendiri tentu berbaloi. Jom cuba resepi sambal sotong yang senang & menyelerakan.
Course Makan Malam
Cuisine Malaysian, Melayu
Keyword sambal, Sotong
Cook Time 25 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong (bersihkan dan potong bulat)
  • 1 biji bawang besar (dihiris atau dikisar)
  • 2 sudu cili boh atau cili kering dikisar
  • 2 sudu teh gula
  • air asam jawa
  • kicap manis
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan sotong dan tumbuk atau kisar bawang besar dan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
  • Masukkan cili boh dan gaul rata.
  • Masukkan gula mengikut citarasa.
  • Masukkan air asam jawa dan kicap manis. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan garam mengikut citarasa.
  • Masukkan sotong dan gaul sehingga mendidih sekali lagi.

Sumber resepi: rasa.my