Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Singgang Daging Kelantan Yang Mudah Tetapi Cukup ‘Jeliro’!

resepi singgang daging kelantan

Kredit gambar: rasa.my

Selain daripada singgang ikan, resepi singgang daging juga merupakan antara resepi singgang yang popular bagi orang Kelate. Dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak cuba masak singgang daging asli dari Kelantan, yang sangat enak dimakan terutamanya semasa musim hujan ini.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak resepi ini yang Mommy boleh cuba:

Resepi Singgang Daging Kelantan

Kredit gambar: Facebook @My Resepi

Resepi oleh: Rasa

Bahan-Bahan

  • Sekeping daging yang dihiris nipis
  • Seinci halia yang dihiris
  • Seinci lengkuas yang dihiris
  • Sebiji bawang merah yang dihiris
  • 2 ulas bawang putih yang dihiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering yang dipotong kecil
  • Sesudu kecil biji ketumbar yang ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
  • Sesudu kecil budu
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-Cara

1. Masukkan daging bersama bahan hiris dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tumiskan sekejap untuk mengikat rasa rempah pada isi daging.

Kredit gambar: rasa.my

2. Bila dah nampak kesemuanya sebati dan rempah meresap dengan elok macam ni, tuangkan air dan masukkan juga asam gelugor. Rebus kesemuanya sehingga isi daging empuk.

Kredit gambar: rasa.my

3. Kemudian, perasakan dengan budu dan garam secukupnya. Singgang daging Kelantan dah siap!

Kredit gambar: rasa.myresepi singgang daging kelantan

Tips Memasak Resepi Ini

  • Usahakan untuk masukkan budu ya Mommy. Ini rahsia singgang daging kita terangkat tau!
  • Kalau nak ada rasa manis sedikit, bolehlah tambahkan gula melaka mengikut citarasa Mommy.
resepi singgang daging kelantan
Print

Resepi Singgang Daging Kelantan

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging

Ingredients

  • 1 keping daging dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering dipotong kecil
  • 1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk kasar
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu kecil budu
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Air secukup rasa

Instructions

  • Masukkan daging bersama bahan hiris dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tumiskan sekejap untuk mengikat rasa rempah pada isi daging.
  • Bila dah nampak kesemuanya sebati dan rempah meresap dengan elok macam ni, tuangkan air dan masukkan juga asam gelugor. Rebus kesemuanya sehingga isi daging empuk.
  • Kemudian, perasakan dengan budu dan garam secukupnya. Singgang daging Kelantan dah siap!

Hujan-hujan ni, memang sedap terangkat sangat kalau resepi ni menjadi salah satu menu utama. Memang menyandarlah lepas tu semua. Bukan mak ayah je, anak-anak pun turut terbaring kekenyangan.

Selain daripada resepi singgang ini, Mommy juga boleh cuba singgang sotong yang mudah ini. Barulah variasi sikit menu singgang kita kan?

Sedap dan mudah kan Mommy?


Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.