Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Singgang Sotong Cepat, Mudah, Dan Menyelerakan

resepi singgang sotong

Sumber: UtusanTV

Bagi Mommy yang sibuk dan tidak ada masa untuk menyediakan makanan, terdapat pelbagai resepi yang boleh dicari yang senang dan cepat untuk dimasak. Salah satu daripadanya ialah resepi singgang sotong.

Kalau tak pernah dengar tentang juadah ini, rugilah! Tapi tak mengapa sebab kali ini Motherhood berkongsi resepi yang bukan sahaja mudah dan cepat, tetapu juga sangat sedap!

Resepi singgang sotong ini asalnya dari negeri Terengganu. Cara nak memasaknya amatlah mudah iaitu dengan merebus sahaja kesemua bahan, manakala bahan-bahan yang diperlukan pula amatlah sedikit. Kebanyakannya tentu Mommy memang sudah ada stok di dapur.

Resepi Singgang Sotong Terengganu

Sumber: Daily Makan

Jom tengok macam mana nak masak resepi sotong dari Terengganu ini.

Cara-cara Memasak Resepi Singgang Sotong

  1. Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa Mommy. Kalau tak mahu potong, boleh kelar bahagian badan sotong supaya masak dengan baik.
  2. Sediakan bahan-bahan hirisan lain seperti bawang merah, bawang putih, dan halia. Untuk serai, tak perlu hiris, tetapi hanya perlu diketuk.
  3. Masukkan sotong dalam periuk dan isikan air sehingga lebih sedikit sahaja paras sotong. Kemudian, masukkan bahan hirisan dan juga serai dan asam keping.
  4. Gaul seketika dan masukkan sayuran seperti tomato dan cili merah.
  5. Biarkan air rebusan mendidih dan perasakan dengan garam. Kacau seketika sebelum dihidangkan.

Senang saja kan? Resepi ini memang amat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja walaupun tak pandai sangat memasak. Selamat mencuba!

Sumber: Mat Gebu
Print

Resepi Singgang Sotong

Prep Time 15 minutes
Cook Time 21 minutes

Ingredients

  • 1 kg sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 5 keping asam keping
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 biji tomato (dipotong empat)
  • 3 tangkai cili merah (dipotong serong)
  • garam secukup rasa

Instructions

  • Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa.
  • Masukkan sotong dalam periuk dan isikan air sehingga lebih sedikit sahaja paras sotong.
  • Kemudian, masukkan bahan hirisan dan juga serai dan asam keping.
  • Gaul seketika dan masukkan sayuran seperti tomato dan cili merah. 
  • Biarkan air rebusan mendidih dan perasakan dengan garam.
  • Kacau seketika sebelum dihidangkan.

Sumber resepi: Jannah @ dailymakan.com