Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sizzling Yee Mee Yang Boleh Disediakan di Rumah Menggunakan Kuali Biasa Je

Resepi Sizzling Yee Mee adalah masakan yang dihidangkan panas-panas di atas hot plate dan sering menjadi pilihan ramai di medan selera pusat membeli-belah dan juga R&R.

Untuk pengetahun Mommy, Resepi Sizzling Yee Mee ini sebenarnya berasal dari China. Masyarakat China amat gemar dengan masakan yang berasaskan mee.

Untuk resepi ini yang boleh dibuat di rumah sahaja, jangan risau sekiranya Mommy tidak mempunyai hot plate di rumah untuk sizzling. Guna kuali kecil je pun boleh!

Tak sama sikit seperti makan di restoran, tapi rasanya pasti sama apabila Mommy mencuba resepi Sizzling Yee Mee yang dikongsikan oleh Che Nom ini!

Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

  • 4 sb minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
  • 500g ayam
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 6 cwn / 1.5 liter air
  • 1 kiub ayam
  • 1/4 cwn kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 3 sb kicap cair
  • 1 sb kicap pekat karamel
  • 8-10 cendawan shitake
  • 3 sb tepung jagung
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb minyak bijan
  • Yee Mee kering
  • Sayur Pak Choy
  • Telor

Cara-Cara

1. Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

2. Hiris nipis halia. Che Nom guna halia muda sebab bau dan rasa dia lebih mild dan kurang pedas.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

3. Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

4. Cendawan shitake bilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan, tapi Che Nom lagi suka potong dua je.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

5. Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil boleh tapi Che Nom biar je.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

6. Untuk ayam Che Nom campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

Cara Menyediakan Kuah Sizzling:

  1. Dalam kuali berasingan atau sizzling plate masukkan 2-3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

2. Masukkan yee mee kering dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

3. Masukkan sayur bok choy dan biarkan ia masak.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

4. Masuk sebiji telur dan teruskan masak. Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

5. Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.

Tips Menyediakan Resepi Sizzling Yee Mee

  • Che Nom guna halia muda, bau dan rasa lebih mild dan kurang pedas berbanding halia tua tapi kalau nak guna juga halia tua pon boleh, tak ada masalah.
  • Untuk cendawan shitake kalau takda yang segar boleh guna yang kering tapi kena rendam dulu sampai lembut anggaran 5-6 jam.
  • Boleh kurangkan separuh cili kering kalau tak suka pedas.
  • Untuk kurangkan hanyir ayam, boleh masak ayam dengan bahan tumisan anggaran 2-3 minit sebelum tuang masuk air. Rasa dia akan lebih sedap dari masukkan terus dalam sizzling.
  • Seeloknya letak minyak bijan akhir sekali. Minyak bijan dapat naikkan bau dan aroma kuah sizzling.
Print

Resepi Sizzling Yee Mee

Course Minum Petang
Cuisine Cina
Keyword yee mee

Ingredients

  • 4 sb minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
  • 500 g ayam
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 6 cwn air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 cwn kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 3 sb kicap pekat karamel
  • 8 cendawan shitake
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 sb minyak bijan
  • Yee Mee kering
  • Sayur Bok choy
  • Telur
  • Gula, garam, secukup rasa

Instructions

Cara-cara untuk penyediaan bahan:

  • Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.
  • Hiris nipis halia. Che Nom guna halia muda sebab bau dan rasa dia lebih mild dan kurang pedas.
  • Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.
  • Cendawan shitake bilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan, tapi Che Nom lagi suka potong dua je.
  • Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil boleh tapI Che Nom biar je.
  • Untuk ayam Che Nom campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.

Cara-cara untuk kuah sizzling:

  • Dalam kuali berasingan atau sizzling plate masukkan 2-3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
  • Masukkan yee mee kering, sayur bok choi dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.
  • Masuk sebiji telur dan teruskan masak.
  • Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
  • Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.

Jom cuba pelbagai resepi lain di SINI.