Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Bakar Yang Mudah Dan Amat Lazat

resepi sotong bakar

Sumber: Adobe Stock

Makanan laut menjadi makanan kegemaran ramai orang, terutamanya kerana kita tinggal di kawasan yang dikelilingi perairan. Kalau sedang berkelah di tepi pantai atau mana-mana kawasan sekali pun, tak sah kalau tiada makanan laut yang dibakar!

Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran tentu sekali sotong bakar. Makanan laut yang mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal ini memang popular untuk dibakar dan dinikmati begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan hidangan lain seperti hidangan sotong goreng tepung.

Kali ini kami ingin berkongsi resepi sotong bakar yang amat ringkas dan mudah. Kalau sebelum ini Mommy tak pernah cuba, semoga resepi ini dapat membantu memudahkan persiapan di dapur.

Sumber: anekaresepienak.com

Cara-Cara Membuat Resepi Sotong Bakar

Selepas sotong dibersihkan, terpulang kepada Mommy jika henda potong sotong tersebut atau tidak. Kemudian, bakar sotong dengan kaedah yang biasa digunakan, sama ada di atas dapur gas atau pemanggang BBQ.

Kisar bahan-bahan untuk dibuat sos iaitu bawang besar, bawang putih, cili kering, halia, garam, gula, serbuk perasa, dan limau. Tumiskan bahan-bahan sos yang disebutkan tadi dengan sedikit minyak. Pastikan Mommy sentiasa kacau sos itu sehingga pekat.

Selesai ditumis, tuang sos ke atas sos yang telah dibakar tadi. Perahkan sedikit air limau ke atas sos dan sotong tadi. Senang saja, kan? Kalau mahu, Mommy juga boleh bakar sotong yang telah disumbat dengan telur atau apa-apa sahaja mengikut pilihan.

 

Print

Resepi Sotong Bakar

Resepi sotong dibakar berserta sos
Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

  • 10 ekor sotong (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk perasa
  • 1 biji limau

Instructions

  • Bersihkan sotong dan potong mengikut pilihan.
  • Bakar sotong di atas dapur gas atau pemanggang BBQ. Ketepikan.
  • Kisar semua bahan-bahan lain untuk sos selain limau.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan sos dan kacau sehingga pekat.
  • Tuangkan sos yang telah ditumis ke atas sotong yang telah dibakar.
  • Perahkan air limau ke atas sos dan sotong.

Tips-tips Memasak Sotong Bakar yang Lain

  1. Pastikan Mommy membeli sotong yang segar dan bukan yang telah dibekukan kerana khuatir sotong boleh menjadi liat.
  2. Untuk menggantikan cili kering, Mommy boleh guna terus cili boh, iaitu cili kering yang telah dikisar.
  3. Mommy boleh sumbatkan sotong dengan bahan-bahan sumbatan seperti telur atau ayam kisar sebelum dibakar.

Selamat mencuba resepi sotong bakar yang ringkas ini dan nantikan pelbagai resepi sotong yang menarik (dan banyak!) hanya di Motherhood Story.

Pasti terliur anda sekeluarga nanti.

Sumber resepi: resepi-sedap.com (Facebook Aminah Shahrom)