Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Masak Hitam Che’ Nom Yang Mudah Dan Lazat

Sumber: rasa.my

Sotong masak hitam ala mamak kerap dijumpai di kedai-kedai makan nasi kandar dan memang menjadi kuah popular disamping nasi panas. Ia juga sedap digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato, dan nasi berempah lain. Kali ini Motherhood berkongsi resepi sotong masak hitam yang amat lazat.

Resepi ini berasaskan resepi Che’ Nom yang menyarankan agar Mommy menggunakan sotong jenis putih yang besar. Kalau boleh dapat yang ada telur di dalamnya, lagi bagus! Ini kerana isi sotong putih adalah lebih tebal dan manis. Dapat pula dengan telur sotong yang memang sedap, syok sungguh!

Sumber: Pustaka Resepi

Jom tengok cara-cara untuk memasak resepi sotong masak hitam ini.

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak

Bersihkan sotong dan toskan untuk mengelakkan kuah hitam menjadi terlalu cair nanti. Sotong tak perlu dipotong, tetapi kalau Mommy nak kelar badannya sedikit, boleh juga.

Sediakan bahan-bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, dan kunyit hidup. Sediakan juga bahan-bahan lain mengikut senarai bahan-bahan dibawah untuk memudahkan proses memasak nanti.

Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan pula cili kisar, atau juga dikenali sebagai cili boh, dan masak seketika.

Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan sotong. Kemudian tuang kicap secukupnya, mengikut citarasa Mommy.

Masukkan bawang besar yang dikisar kasar, bersama dengan sos tiram. Masak sehingga kuah pekat sebelum memasukkan garam dan gula mengikut citarasa.

Kalau terinigin makan resepi istimewa yang popular di negeri pantai timur, juga boleh cuba memasak ketupat sotong versi Kelantan di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Che’ Nom / iResepi
Print

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

  • 1/2 kg sotong (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandang (potong pendek)
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 biji bawang besar (dipotong atau dikisar kasar)
  • garam dan gula

Bahan-bahan Rempah Tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan Tumbuk / Kisar Halus

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Instructions

  • Bersihkan sotong dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.
  • Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan pula cili kisar, atau juga dikenali sebagai cili boh, dan masak seketika. 
  • Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan sotong.
  • Tuang kicap secukupnya, mengikut citarasa.
  • Masukkan bawang besar yang dikisar kasar, bersama dengan sos tiram.
  • Masak sehingga kuah pekat sebelum memasukkan garam dan gula mengikut citarasa.

Sumber resepi: Resepi Che’ Nom