Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Masak Kicap Yang Sangat Menyelerakan

resepi sotong masak kicap

Sumber: Dapur Biru

Kalau Mommy sedang mencari resepi makanan laut yang mudah dan tidak pedas untuk anak-anak mencuba, kali ini Motherhood kongsikan resepi sotong masak kicap yang mudah. Kanak-kanak kan memang suka makanan berlauk kicap, jadi resepi ini tentu akan menjadi makanan kegemaran mereka selepas ni!

Sos kicap yang digunakan untuk resepi ini memerlukan Mommy untuk menggunakan sos kicap masin. Sekarang terdapat pelbagai jenis dan variasi kicap masin yang boleh didapati selain daripada yang selalu digunakan orang dulu-dulu.

Jika hidangan ini Mommy buat khusus untuk anak-anak, Mommy boleh memilih sos kicap masin yang organik atau jenis yang kurang masin kerana khuatir kandungan garam yang terlalu tinggi tidak elok untuk kanak-kanak.

Resepi sotong masak kicap yang mudah ini hanya memerlukan beberapa bahan selain kicap masin dan sotong seperti bawang besar, cili merah dan hijau, serbuk kunyit, air asam jawa dan daun limau purut.

Cara-caranya juga amat ringkas dan straightforward tanpa kaedah-kaedah yang rumit. Jom tengok bagaimana nak masak resepi ini.

Kredit gambar: facebook.com/myresipi

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Masak Kicap

1. Bersihkan dan potong sotong bulat-bulat. Kalau saiz sotong anda kecik ke dan tak nak potong pun boleh.

2. Perapkan ia dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan jika perlu, serbuk perasa sedikit.

3. Kemudian, panaskan minyak dan gorengkan sotong sehingga airnya kering dan terbit minyak. Sepanjang proses menggorengnya, tutup juga kuali sekejap untuk mempercepatkan proses masak. Supaya sotong tidak hangus, kacau-kacau ya.

Kredit gambar: aziekitchen.com

4. Bila air sotong dah kering, masukkan pula air asam jawa secukupnya dan kacau kesemuanya sebati. Perasakan juga dengan gula dan kicap masin ya.

Kredit gambar: youtube.com/watch?v=BflWrZ-Tyus

5. Akhir sekali, masukkan cili, daun limau purut dan hirisan bawang besar. Kacau-kacau sehingga bawang dan cili mula layu, kemudian tutup api.

Kredit gambar: YouTube

6. Siap untuk dihidang!

Sumber: saji.my

Tips-tips Lain Bagi Resepi Sotong Masak Kicap

  1. Kalau menggunakan sotong besar yang mempunyai telur, Mommy tak perlu potong sotong tersebut supaya telur tidak hancur dan terburai.
  2. Elakkan meletakkan cili yang pedas jika memasak untuk anak-anak kecil. Sebaliknya, gunakan cili atau lada yang manis dan tidak pedas.

Lauk ni je pun dah cukup. Selamat mencuba!

Print

Resepi Sotong Masak Kicap

Resepi sotong masak kicap yang mudah dan tidak memerlukan banyak bahan ini sesuai dimasak untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Course Makan Malam
Cuisine Melayu
Keyword kicap, Sotong
Cook Time 35 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 helai daun limau purut
  • air asam jawa
  • garam
  • serbuk kunyit
  • serbuk perasa
  • kicap masin
  • gula

Instructions

Cara-Cara

  • Bersihkan sotong dan potong ikut citarasa.
  • Perap sotong dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk perasa secukupnya.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong yang diperap tadi. Tutup kuali dan goreng sehingga air sotong keluar dan minyak terbit.
  • Kacau sekali-sekala supaya sotong tidak hangus.
  • Setelah air sotong kering, masukkan air asam jawa dan kacau.
  • Masukkan gula dan kicap masin mengikut citarasa dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan hirisan cili, bawang, dan daun limau purut.
  • Masak sehingga cili dan bawang layu.

Video

Sumber resipi: Azie Kitchen