- Bersihkan sotong dan potong ikut citarasa. 
- Perap sotong dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk perasa secukupnya.  
- Panaskan minyak dan goreng sotong yang diperap tadi. Tutup kuali dan goreng sehingga air sotong keluar dan minyak terbit. 
- Kacau sekali-sekala supaya sotong tidak hangus. 
- Setelah air sotong kering, masukkan air asam jawa dan kacau. 
- Masukkan gula dan kicap masin mengikut citarasa dan kacau hingga sebati. 
- Masukkan hirisan cili, bawang, dan daun limau purut.  
- Masak sehingga cili dan bawang layu.