Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Masak Merah Yang Masam Manis Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Mama tahu tak kenapa banyak jenama makanan logonya berwarna merah? Sebenarnya ini kerana warna merah, antara beberapa warna lain, mampu menaikkan selera seseorang! Jadi kalau Mama tengok resepi sotong masak merah ni pun, tentu akan terus terbuka selera!

Resepi sotong yang dikongsi Motherhood kali ini memang mudah dan cepat untuk disediakan. Cara memasaknya adalah macam stir-fry, goreng campak-campak saja! Tapi hasilnya amatlah menyelerakan!

Walaupun hampir sama seperti sotong sambal tumis & sambal sotong, tapi sebenarnya sotong masak merah ini tidaklah pedas sangat. Ia lebih kepada rasa masam manis, sesuai untuk kanak-kanak yang tak tahan pedas.

Sumber: My Resepi Menarik

Jom tengok cara-cara memasak resepi sotong masak merah yang sedap ini.

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Masak Merah

Bersihkan sotong dan potong mengikut citarasa Mama. Kemudian toskan sotong, kerana sotong akan mengeluarkan air apabila dimasak.

Sediakan bahan-bahan lain dengan menghiris bawang merah dan bawang putih, memotong serong cili hijau, memotong bulat bawang besar, dan mengetuk serai.

Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar atau cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan sotong, diikuti dengan pes asam jawa dan sos cili. Kacau rata.

Setelah kuah merenih sedikit, perasakan dengan garam dan gula. Tambah sedikit air jika mahu kuah yang lebih cair.

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dipotong tadi. Masak seketika lagi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Print

Resepi Sotong Masak Merah

Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

  • 500 gram sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 5 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 tangkai cili hijau (dipotong serong)
  • 1/4 sudu kecil pes asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Instructions

  • Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan serai sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar atau cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
  • Masukkan sotong, diikuti dengan pes asam jawa dan sos cili. Kacau rata.
  • Setelah kuah merenih sedikit, perasakan dengan garam dan gula. 
  • Tambah sedikit air jika mahu kuah yang lebih cair. 
  • Msukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dipotong tadi. 

Sumber resepi: AnekaResepi.com