Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Masak Serai Yang Akan Buatkan Anda Tambah Nasi Dua Kali!

Kredit gambar: S&P

Buat penggemar sotong, kali ini Min nak kongsikan resepi sotong masak serai. Sebelum itu, jom kita tambah ilmu mengenai kegunaan dan khasiat serai.

Sebenarnya terdapat banyak kegunaan serai. Antaranya ialah untuk masakan, minuman, merawat penyakit, penyedap bau bilik seperti minyak pati dan macam-macam lagi. Rendang favourite Mommy tu? Ha, ada bahan serai juga tau!

Serai kaya dengan vitamin A dan C, dan rasa serai yang agak ringan dapat menaikkan rasa sesuatu hidangan. Sebenarnya, ia juga untuk menambah rasa yang sedikit ‘tajam’ dan masam tanpa kepahitan lemon.

Jika Mommy demam atau selesema, hidu secawan minuman serai panas untuk membantu mengurangkan hidung tersumbat dan seterusnya membantu anda bernafas dengan lebih baik.

Seperti nama resepi kali ini – Resepi Sotong Masak Serai – Min ingin kongsikan cara-cara untuk memasak menu ini. Mudah sahaja. Jika Mommy tak reti masak pun boleh cuba resepi ini!

Kredit gambar: Cookpad

Cara-Cara Memasak Resepi Sotong Masak Serai

Pertama sekali, sediakan bahan-bahan untuk membuat pes, kemudian tuangkan ke dalam pemproses makanan bersama ½ paket santan hingga sebati. Kemudian, simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong supaya ia menjadi lebih berperisa. 

Selepas itu, sediakan pula sotong dan bersihkan. Gunakan pes yang telah disediakan untuk perap sotong sekali dengan batang serai dan daun limau purut. Biarkan perapan dalam 10 ke 15 minit, untuk rasa yang lebih umph!

Dah habis perap tu, Mommy boleh mula masak! Panaskan kuali dengan minyak masak, tuangkan pes yang telah dikisar dan baki ½ santan tadi. Tambah sedikit garam untuk perasa. Lepas itu, masak sehingga cecair sejat dan pecah minyak.

Untuk menghidang pula, letakkan sotong di atas pinggan, tuangkan sos ke atas sotong dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Siap! Simple je kan Mommy?

Selamat mencuba!

Kredit gambar: S&P
Print

Resepi Sotong Masak Serai

Course Menu Utama
Cuisine Asia, Melayu
Keyword Keluarga
Total Time 25 minutes

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 6 biji cili merah
  • 1 cm kunyit
  • 1 cm halia liar atau lengkuas
  • 1 biji bawang holland
  • 200 ml santan (½ untuk pes & ½ untuk masak)
  • 600 g sotong (bilas kemudian keringkan pada tuala kertas)
  • 2 tangkai serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam untuk perasa

Instructions

  • Pertama sekali, sediakan bahan-bahan untuk membuat pes, kemudian tuangkan ke dalam pemproses makanan bersama ½ paket santan untuk sebati. Simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong.
  • Sediakan dan bersihkan sotong. Perap sotong dengan batang serai, daun limau purut dan pes.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak, tuangkan pes yang telah dikisar, baki ½ daripada santan, garam dan masak sehingga cecair sejat dan minyak terapung di permukaan.
  • Akhir sekali, kacau sebati dan hidangkan bersama nasi yang panas.

Rupanya, senang je nak masak Sotong Masak Serai ni Mommy! Jangan lupa untuk mencuba ya? Confirm encik suami dan anak-anak makan nasi bertambah!

Perlukan menu sotong untuk hari lain pulak? Haa, jom cuba resepi sambal sotong senang ini.

Sumber resepi: Chef Kim