Resepi Sotong Telur Digoreng Yang Cepat, Sedap & Pasti Jadi!

Sumber: miszrockers.com

Mommy yang mempunyai anak-anak kecil tentu sering memikirkan menu apa nak masak untuk anak kan? Kadang-kala tu, anak-anak kecil selalu berasa “tiba-tiba lapar” selepas penat bermain, jadi Mommy perlu simpan resepi-resepi ringkas yang cepat dan sedap untuk dimasak!

Kalau tak pernah buat resepi sotong telur, Mommy tentu akan berasa kagum kerana juadah ini amat mudah dan cepat untuk dimasak. Selain itu, ia juga amat sedap dan menyelerakan untuk hidangan seisi keluarga.

Bahan-bahannya pun tak banyak dan menggunakan kebanyakan bahan asas yang biasanya sudah ada di dapur, asalkan anda ada sotong ya!

Highlighted

resepi sotong telur
Kredit gambar: Bellarina Natasya

Jom tengok cara-cara memasak juadah yang mudah dan memuaskan ini.

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (direbus dan dihancurkan)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai daun kari
  • lada hitam
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Telur Digoreng

1. Rebus dan hancurkan telur rebus mengikut citarasa anda.

hancurkan telur
Kredit gambar: miszrockers.com

2. Salutkan sotong ke dalam tepung gandum yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

salut sotong dalam tepung
Kredit gambar: miszrockers.com

3. Kemudian, gorengkan sotong. Jangan terlebih goreng pula ya!

4. Angkat dan toskan sotong goreng.

5. Seterusnya, panaskan minyak dan tumiskan bawang, cili padi dan daun kari.

6. Bila dah naik bau, masukkan telur yang telah dihancurkan tadi.

7. Gaul rata dan perasakan ia dengan sedikit garam dan lada hitam.

8. Akhir sekali, masukkan sotong goreng tadi dan gaul kesemuanya.

bahan bahan untuk resepi sotong telur
Kredit gambar: miszrockers.com

Tips-tips Lain

  1. Mommy boleh je tidak memasukkan cili padi kalau tidak mahu rasa pedas langsung.
  2. Untuk menaikkan rasa, Mommy boleh tambah kicap manis atau kicap masin.

Kejap je kan nak buat? Selamat mencuba Mommy!

Sumber resepi: Miszrockers Blogspot / Nadia Johari

Baca resepi sotong telur masin.

0 replies on “Resepi Sotong Telur Digoreng Yang Cepat, Sedap & Pasti Jadi!”