Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sotong Tin Mudah Dan Sedap

resepi sotong tin

Sumber: anajingga.com

Makanan yang diawet dan dibungkus dalam tin merupakan makanan atau produk kaedah pengawetan sejak dulu lagi yang dapat memastikan kesegaran makanan tersebut tanpa memerlukan penyejukbekuan. Pelbagai jenis makanan adalah popular untuk diawet di dalam tin seperti sayur biji-bijian, buah-buahan, dan juga makanan laut.

Salah satu daripadanya ialah sotong. Pengetinan adalah cara yang baik untuk memelihara sotong pada puncak kesegarannya dengan menangkap sotong tersebut dan terus mengawetnya dengan cara yang memerlukan sedikit tenaga dan dapat disimpan untuk waktu yang sangat lama.

Sotong di dalam tin diawet dengan pelbagai minyak dan rempah untuk mengekalkan dan menyokong rasa semula jadi mereka. Sotong tin sebenarnya mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan sotong segar. Tambahan pula, ia tidak perlu disimpan di peti sejuk untuk tahan lama, membuatkannya produk yang menjimatkan tenaga. Selain itu, ia tidak akan rosak sehingga dibuka, justeru mengelakkan pembuangan makanan berlebihan.

Sumber: Nurul Razali @ cookpad.com

Terdapat beberapa jenama sotong tin yang boleh didapatkan di pasaran dan pelbagai cara boleh dimasak dengan sotong tin ini seperti masak asam, tumis biasa, masak kicap, dan banyak lagi. Kali ini Motherhood ingin berkongsi resepi sotong tin yang mudah dan sedap dan tidak memerlukan banyak bahan.

Jom tengok macam mana nak memasak sotong tin yang mudah ini.

Cara-cara Memasak Resepi Sotong Tin Tumis Kicap

Salah satu faedah menggunakan sotong tin selain boleh disimpan lama ialah Mama tak perlu membersihkan lagi sotong itu kerana ia sudah dibersihkan sebelum ditinkan.

Keluarkan isi sotong dari dalam tin dan buang sos atau air di dalamnya. Kalau Mama nak simpan sedikit buat perasa pun boleh.

Sumber: anajingga.com

Potong sotong mengikut citarasa. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.

Kemudian masukkan cili padi dan lobak merak. Gaul seketika sebelum memasukkan isi sotong. Goreng sotong untuk beberapa minit.

Masukkan sos tiram dan kicap pekat manis. Mama boleh pilih untuk menambah perasa dengan garam tetapi tidak perlu banyak kerana isi sotong memang sudah masin.

Tambah air jika sos terlalu pekat, mengikut citarasa Mama. Akhir sekali, masukkan daun bawang sebelum menutup api.

Selamat mencuba!

Print

Resepi Sotong Tin

Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes

Ingredients

Bahan-bahan

  • 1 tin sotong tin
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 ulas bawang putihg (dihiris atau dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 3 tangkai cili padi
  • 1/2 biji lobak merah
  • daun bawang (dipotong kecil)
  • sos tiram
  • kicap pekat manis
  • garam
  • minyak masak

Instructions

Cara-cara

  • Bersihkan dan potong atau hiris bahan-bahan tumis.
  • Keluarkan sotong dari tin dan buang sos atau airnya. Potong sotong mengikut citarasa.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili api, lobak merah, dan sotong. Goreng seketika.
  • Masukkan sos tiram dan kicap pekat manis dan gaul hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam jika perlu.
  • Masukkan daun bawang.

Sumber resepi: anajingga.com