Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sup Yang Pasti Menaikkan Selera Anak-Anak! Ibu Kongsi Resepi Sup Yang Lazat Untuk Anak-anak Picky Eaters

Selama ni, kita kongsikan resepi yang senang dibuat untuk Mommy. Tetapi kali ini untuk anak-anak Mommy yang picky eater boleh cuba resepi Sup ABC ini. Sup ABC ini senang sangat untuk dibuat kerana bahan-bahannya yang simple dan mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan anda!

Seorang ibu berkongsi resepi Sup ABC sup ini di satu post melalui akaun Instagramnya, @christineshuy.

Masakan Untuk Si Manja

Ini salah satu menu yang sering saya masak kerana 3 anak kecil (SD, picky eater dan toddler) semua boleh makan. Sup ABC sebenarnya termasuk menu biasa di sini, hampir di semua Chinese household di Malaysia (mungkin juga Singapore) sering masak ini tapi mungkin di Indonesia terutama Pulau Jawa mungkin tidak biasa.

Anak-anak biasanya makan sup begini + nasi sahaja sudah sedap.

Saya belajar buat sup ini dari mertua ya kerana dia hampir seminggu sekali buat ini buat pelengkap dinner. Saya masak sup macam ini biasanya pagi, buat lunch anak-anak.

Kunci masak sup begini, makin lama dimasak (api kecil) makin sedap. Kalau kurang lama (kerana mahu jimat gas), pasti rasa supnya bakal kurang “smooth” (dulu selalu rasa macam ni kerana nak boil sup berjam-jam lamanya tapi rasa sayang gunakan banyak api, tapi rasa sup kurang menyegat).

Cara Memasak Sup ABC

Kerana saya tadi pakai irisan sayur asin, jd saya tidak tambah garam ke dalam sup kerana automatik akan masin. Gula juga tambah sikit (lebih kurang 2 sudu kecil) kerana sayuran seperti lobak merak dan jagung sudah manis. Btw, Chinese soup biasanya tidak kaya rasa/rempah seperti typical Indonesian soup, rasanya lebih ke borderline hambar tapi rasa kaldu dari daging + sayurnya kuat.

Kredit gambar: Britainnica

Kebaikan Makan Sayur

Sebelum kita mula dengan resepi, mari kita lihat dulu bahan-bahan dan juga kebaikan sayur kepada kesihatan kita dan anak-anak. Sayur-sayuran yang paling biasa disediakan untuk resepi ini adalah seperti lobak merah, kentang, kobis dan bawang. Selain itu, ia juga ditambah dengan cendawan, tomato, allspice, beberapa ulas bawang putih dan tidak lupa juga dengan garam.

Dari usia yang muda, kanak-kanak diajar untuk makan sayur demi tumbesaran mereka yang sihat. Sayur mengandungi semua mineral yang diperlukan untuk tubuh seperti vitamin, karbohidrat dan seterusnya memberi kesan yang baik untuk mencengah diabetes, batu karang, pankreas dan penyakit hati.

Antara kebaikan sayur adalah:

  • Membantu proses menurunkan berat badan
  • Mencantikkan kulit
  • Membina dan memperbaiki tulang
  • Memastikan sistem imun kuat
  • Menangani masalah kesihatan
  • Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
  • Kaya dengan sumber protein dan mineral

Ramai orang fikir bahawa masak sup sayur hanya rebus sayur dan siap. Tetapi sebenarnya banyak cara boleh masak sup sayur ini. Contohnya seperti resepi Sup ABC ini!

Haa, banyak jugak khasiat sayur ini. Selain makan salad, sayur juga boleh direbus dan letak penyedap rasa kemudian siap masakan Mommy!

Print

Resepi Sup ABC

Course Sup
Cuisine Cina, Indonesia, Melayu
Keyword ayam, jagung, Sayuran, sup, tomato
Prep Time 20 minutes
Cook Time 2 hours
Total Time 2 hours 20 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Periuk

Ingredients

  • 300 gram ayam
  • 2 biji lobak merah Dihiris tebal
  • 2 biji kentang Dihiris tebal
  • ½ labu bawang besar Dibelah dua
  • 1 biji tomato
  • 1 biji jagung manis Dipotong tebal
  • 4 iris tipis Sayur Asin (Sichuan Preserved/Pickled Vegetables/榨菜) Di cuci bersih
  • 1.5-2 L air

Instructions

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ayam.
  • Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api yang besar.
  • Setelah mendidih, masukkan ayam. Kemudian, gunakan api kecil sehingga lebih kurang 2 jam atau sehingga lobak merak masak.
  • Kemudian, hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Simple je resepi kali ini, selamat mencuba!

Kredit: Instagram christineshuy