Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Try Resepi Sup Ikan Ala Thai Yang Power & Penuh Khasiat Ini!

resepi sup ikan

Kredit gambar: Youtube @Ummi AtiyahAtif's Kitchen

Antara hidangan yang sentiasa menjadi kegemaran adalah sup ikan. Selain daripada kelazatan rasanya, sup ikan juga dikenali sebagai hidangan yang penuh dengan kebaikan untuk kesihatan.

Selain sangat kaya dengan nutrien penting untuk manfaat tubuh, cara penyediaan resepi sup ikan ini juga sangat mudah. Jadi, kalau Mommy tercari-cari menu ringkas tapi penuh khasiat penting, resepi sup ikan ini wajib dijadikan pilihan utama.

Mommy boleh terokai cara penyediaannya di bawah!

Resepi Sup Ikan Ala Thai

Kredit gambar: www.maggi.my

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • 1 ekor ikan merah/jenahak dipotong bersih

Bahan kisar:

  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1 inci halia
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar

Bahan tumis:

  • 7 batang cili padi
  • 1 ulas bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 batang serai diketuk

Bahan tambahan:

  • Sedikit sos ikan
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • 1 batang saderi dipotong kasar
  • Daun sup dihiris nipis
  • Limau nipis
  • 1 batang lobak merah dihiris nipis

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula, Mommy potong ikan merah mengikut saiz hidangan yang diinginkan. Kemudian, Mommy kisar semua bahan yang dinyatakan dalam bahagian “Bahan Kisar” sehingga menjadi halus.

Kredit gambar: Facebook @Mizzmoon Moon

#2. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan-bahan yang disediakan dalam bahagian “Bahan Tumis” sehingga ia berbau harum dan bertukar warna menjadi warna keemasan.

#3. Kemudian, Mommy masukkan bahan kisar yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. Gaul rata semua bahan dan biarkan sehingga bahan kisar masak dan pekat.

#4. Langkah yang seterusnya, Mommy tambahkan air secukupnya ke dalam kuali. Biarkan air mendidih dan masukkan potongan ikan merah yang telah dicuci bersih sebentar tadi.

#5. Lalu, masukkan bahan tambahan seperti tomato, lobak merah, dan saderi serta sedikit sos ikan. Biarkan sup mendidih dan sehingga ikan merah masak dan bahan-bahan lain menjadi lembut.

Kredit gambar: Facebook @Mizzmoon Moon

#6. Perasa sup ikan dengan garam dan gula secukupnya, sesuai dengan selera Mommy. Setelah sup masak sepenuhnya, terus tutupkan api.

#7. Hidangkan sup ikan merah ala Thai tadi ke dalam mangkuk. Tabur daun sup yang dihiris halus di atas sup dan masukkan perahan limau nipis ke dalamnya. Boleh nikmati sup panas ini dengan nasi putih yang masih panas.

Selamat mencuba! Semoga Sup Ikan Merah Ala Thai yang dimasak ini menjadi hidangan yang digemari Mommy sekeluarga!

Print

Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan Utama:

  • 1 ekor Ikan merah (dipotong bersih)

Bahan Kisar:

  • 1/2 sudu Lada hitam
  • 1 inci Halia
  • 8 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang besar

Bahan Tumis:

  • 7 batang Cili padi
  • 1 ulas Bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas Bawang putih (dihiris)
  • 1 batang Serai (diketuk)

Bahan Tambahan:

  • Beberapa titik Sos ikan
  • 2 biji Tomato (dibelah empat)
  • 1 batang Saderi (dipotong kasar)
  • Daun sup (dihiris nipis)
  • Limau nipis
  • 1 batang Lobak merah (dihiris nipis)

Instructions

  • Potong ikan merah menjadi bagian yang diinginkan.
  • Kisar bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  • Tumis semua bahan-bahan tumisan sehingga harum.
  • Masukkan bahan kisar yang telah dikisar tadi ke dalam kuali.
  • Gaul rata dan biarkan sehingga bahan kisar masak dan pekat.
  • Masukkan air secukupnya ke dalam kuali.
  • Biarkan air mendidih dan masukkan ikan merah yang telah dipotong tadi.
  • Masukkan bahan tambahan seperti sos ikan, tomato, dan saderi.
  • Biarkan sup mendidih dan masak sehingga ikan merah masak dan bahan-bahan lain empuk.
  • Perasa sup dengan garam dan gula secukupnya, sesuai selera.
  • Tutup api setelah sup masak.
  • Hidangkan sup ikan merah ala Thai dalam mangkuk bersama dengan hirisan daun sup dan perahan limau nipis.

Mommy juga boleh cuba pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!