Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Kaki Ayam Yang Penuh Khasiat & Kolagen Untuk Kecantikan Kita

resepi sup ayam kaki

Sumber resepi masakan kampung

Resepi sup ayam kaki merupakan menu yang sangat ringkas dan mudah disediakan. Buat penggemar kaki ayam, pastinya menu ini merupakan antara menu wajib yang perlu dibuat setiap bulan, malah ada juga yang hampir setiap hari akan memasak resepi ini.

Banyak kebaikan yang terkandung di dalam sup kaki ini antara adalah ianya mampu mengurangkan risiko tulang rapuh, mempunyai kolagen untuk kecantikan kulit dan banyak lagi manfaat yang lain.

Di bawah ini, kami sediakan dua jenis resepi yang berbeza untuk dicuba oleh Mommy sekalian. Diharapkan ianya menepati cita rasa Mommy semua.

Resepi Sup Kaki Ayam

Bahan A

  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1-2 bunga lawang
  • 3-4 buah pelaga

Bahan B

  • 1 pek kaki ayam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji Lobak Merah (dipotong kecil)
  • 1 biji Ubi kentang (dipotong dadu)
  • Cili padi
  • Tomato
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Bersihkan dahulu kaki ayam dan rebus sampailah kaki ayam jadi lembut. Kemudian, angkat kaki ayam dan buang air rebusan yang pertama.

Sumber Senok Perut

2. Kisar atau tumbuk lumat bawang merah kecil, bawang putih dan juga halia. Lebih enak kalau Mommy tumbuk.

Sumber Senok Perut

3. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan A tadi sehingga warna bertukar kekuningan dan naik bau yang wangi.

4. Seterusnya, masukkan kaki ayam, kiub pati ayam dan tambah air sehingga tenggelam kesemua kaki ayam. Reneh menggunakan api yang perlahan.

Sumber Senok Perut

5. Akhir sekali, setelah sup siap direneh, masukkan tomato dan juga garam secukup rasa.

Sumber Senok Perut

6. Tabur daun bawang dan daun sup untuk menambah kesedapannya lagi, siap untuk dinikmati!

Tips Memasak Resepi Sup Kaki Ayam

  • Jika Mommy menggunakan sup bunjut, pastikan ianya dimasukkan pada langkah yang ke-3.
  • Masinkan sup sedikit jika ingin dimakan dengan nasi.
  • Boleh juga tambahkan kentang, tomato, lobak atau pun cendawan jika Mommy suka.
  • Jika Mommy gunakan kentang, masukkan pada langkah yang ke-5.Tambahkan sedikit cili padi jika Mommy sukakan rasa yang pedas.
  • Selain itu, Mommy juga boleh perahkan buah limau nipis/limau kasturi semasa hidangan.
  • Boleh juga menggunakan daun ketumbar selain daun sup dan juga daun bawang.
Print

Resepi Sup Kaki Ayam

Course Makan Malam
Cuisine Melayu
Keyword sup

Ingredients

Bahan A

  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1-2 biji bunga lawang
  • 3-4 biji buah pelaga

Bahan B

  • 1 pek kaki ayam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji Lobak Merah dipotong kecil
  • 1 biji Ubi kentang dipotong dadu
  • Cili padi
  • Tomato
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis

Instructions

  • Bersihkan dahulu kaki ayam dan rebus sampailah kaki ayam jadi lembut. Kemudian, angkat kaki ayam dan buang air rebusan yang pertama.
  • Kisar atau tumbuk lumat bawang merah kecil, bawang putih dan juga halia. Lebih enak kalau Mommy tumbuk.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan A tadi sehingga warna bertukar kekuningan dan naik bau yang wangi.
  • Seterusnya, masukkan kaki ayam, kiub pati ayam dan tambah air sehingga tenggelam kesemua kaki ayam. Reneh menggunakan api yang perlahan.
  • Setelah sup siap direneh, masukkan tomato dan juga garam secukup rasa.
  • Tabur daun bawang dan daun sup untuk menambah kesedapannya lagi, siap untuk dinikmati!

Selamat menikmati!


Untuk pelbagai resepi yang lain, Mommy boleh klik SINI.