Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Try Buat Resepi Sup Kambing Berempah Ala Mamak Paling POWER!

resepi sup kambing

Kredit gambar: nasserskitchen.com

Resepi Sup Kambing Berempah Ala Mamak Penang ini adalah masakan tradisional yang kaya dengan rempah dan bau harum yang khas. Sup ini sangat popular di kalangan pencinta masakan Mamak di Penang.

Untuk dapatkan rasanya yang autentik asli, Mommy perlu sediakan terlebih dahulu “broth” atau air rebusan tulang kambing. Menu sedap ini juga sangat sesuai untuk mana-mana Mommy yang baru lepas bersalin.

Jadi, jangan buang masa lagi, jom Mommy, kita cuba try resepinya di bawah!

Resepi Sup Kambing Berempah Ala Mamak

Bahan-bahan

  • 500gm Daging kambing
  • 1kg Tulang kambing untuk “broth” (air rebusan)
  • 4 biji Bawang labu sederhana besar, dikisar halus
  • 2 sudu besar Pes halia bawang putih atau 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia
  • 2 keping Kayu manis (2″)
  • 5 biji Buah pelaga
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil Garam masala
  • 1/2 sudu kecil Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar Serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar Serbuk ketumbar
  • 3 pokok Daun ketumbar (atau daun sup jika tidak suka bau ketumbar)
  • 2 pokok Daun bawang, dihiris halus untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Masak Sup Kambing:

Kredit gambar: Facebook @MAHN
  1. Bersihkan tulang kambing dan letakkan dalam bekas rebusan.
  2. Panaskan sehingga tulang sedikit terbakar, kemudian masukkan 3 liter air, celeri, dan carrot.
  3. Biarkan mereneh selama 1-2 jam. Sejukkan, tapis airnya, dan simpan.
  4. Panaskan bekas untuk sup, masukkan air rebusan tulang, kayu manis, bunga lawang, pelaga, halia bawang putih, serbuk jintan putih, dan serbuk ketumbar.
  5. Masukkan bawang yang telah dikisar, daging kambing, dan biarkan sup mendidih. Perlahankan api dan reneh sehingga daging masak. Tambah garam mengikut selera.
  6. Hidangkan sup panas dengan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Lebih enak jika disajikan dengan Roti Benggali.
resepi sup kambing
Print

Resepi Sup Kambing Berempah Ala Mamak

Course Sup
Cuisine India
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 500 gm Daging kambing
  • 1 kg Tulang kambing (direbus dan di ambil air rebusan)
  • 4 biji Bawang labu sederhana besar (dikisar halus)
  • 2 sudu besar Pes halia bawang putih
  • Daun saderi (dipotong)
  • Lobak merah (dipotong)
  • 2 keping Kayu manis
  • 5 biji Buah pelaga
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil Garam masala
  • 1/2 sudu kecil Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar Serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar Serbuk ketumbar
  • 3 pokok Daun ketumbar (atau daun sup)
  • 2 pokok Daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Garam (secukup rasa)

Instructions

  • Bersihkan tulang kambing dan letakkan dalam bekas rebusan. Panaskan sehingga tulang sedikit terbakar, kemudian masukkan 3 liter air, daun saderi, dan lobak merah. Biarkan mereneh selama 1-2 jam. Sejukkan, tapis airnya, dan simpan.
  • Panaskan bekas untuk sup, masukkan air rebusan tulang, kayu manis, bunga lawang, pelaga, halia bawang putih, serbuk jintan putih, dan serbuk ketumbar.
  • Masukkan bawang yang telah dikisar, daging kambing, dan biarkan sup mendidih. Perlahankan api dan reneh sehingga daging masak. Tambah garam mengikut selera.
  • Hidangkan sup panas dengan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Lebih sedap jika disajikan dengan Roti Benggali.

Tips Menyediakan Resepi Sup Kambing Berempah

  • Rempah-rempah perlu digoreng kering dan dikisar halus agar lebih harum.
  • Perlu menggunakan rempah sup Adabi atau rempah kurma jika rempah-rempah sendiri tidak tersedia.
  • Penyediaan “broth” adalah kunci kepada kelazatan sup ini.
  • Variasi penyediaan sup boleh berbeza mengikut citarasa individu.

Selamat mencuba dan nikmati hidangan tradisional ini!


Ikuti panduan mudah resepi-resepi masakan menarik yang lain di SINI!