Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Telur Ala Chinese Style Yang Mudah, Boleh Buat Dekat Rumah!

Sup telur menjadi kesukaan anak-anak terutamanya nak boleh menjadi pembuka selera.

Mommy kalau takde idea nak masak apa, boleh lah cuba masak sup telur ala chinese style ni. Confirm anak Mommy suka!

Resepi Sup Telur Ala Chinese

Bahan-Bahan

  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 3 hiris (nipis) halia – cincang halus
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 biji telur ayam – dipukul
  • 3 keping filamen ketam – dihiris nipis
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
  • Air secukupnya

Bahan Perasa:

  • 1 sudu teh cuka
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh kicap pekat

Bahan Sampingan:

  • Hirisan daun bawang
  • Minyak bijan

Cara-Cara Memasak 

1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.

2. Setelah air rebusan mendidih, masukkan filamen ketam dan biarkan masak.

Kredit Gambar: Facebook Zurina Zulkefli

3. Kemudian tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga sup menjadi pekat.

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan-lahan. Ia penting supaya telur tidak bergumpal.

Kredit Gambar: Facebook Zurina Zulkefli

5. Perasakan sup dengan secubit garam, cuka dan kicap pekat. Sebatikan.

6. Angkat dan hidangkan sup bersama hirisan daun bawang serta minyak bijan.

Kredit Gambar: Facebook Zurina Zulkefli

Tips Menyediakan Resepi Sup Telur

Nak sup telur ni lagi sedap, Mommy boleh taburkan daun sup, daun bawang dan makan dengan sambal kicap.

Print

Resepi Sup Telur Ala Chinese Style

Course Sup
Cuisine Cina
Keyword telur

Ingredients

  • 1 ulas bawang putih cincang halus
  • 3 hiris halia cincang halus
  • 2 biji telur ayam dipukul
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 keping filamen keta dihiris nipis
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
  • Air secukupnya

Bahan Perasa

  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • Secubit garam

Bahan Sampingan

  • daun bawang
  • minyak bijan

Instructions

  • Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.
  • Setelah air rebusan mendidih, masukkan filamen ketam dan biarkan masak.
  • Kemudian tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga sup menjadi pekat.
  • Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan-lahan. Ia penting supaya telur tidak bergumpal.
  • Perasakan sup dengan secubit garam, cuka, dan kicap pekat. Sebatikan.
  • Angkat dan hidangkan sup bersama hirisan daun bawang serta minyak bijan.

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak resepi yang mudah dan sedap di SINI.