Go Back
resepi sup telur chinese style

Resepi Sup Telur Ala Chinese Style

Course Sup
Cuisine Cina

Ingredients
  

  • 1 ulas Bawang putih (dicincang halus)
  • 3 hiris Halia (dicincang halus)
  • 2 biji Telur ayam (dipukul)
  • 1 kiub Pati ayam
  • 3 keping Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Sedikit Bancuhan air tepung jagung
  • Air (secukupnya)

Bahan Perasa

  • 1 Sudu kecil Cuka
  • 1 Sudu kecl Kicap pekat
  • Secubit Garam

Bahan Sampingan

  • Daun bawang
  • Minyak bijan

Instructions
 

  • Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.
  • Setelah air rebusan mendidih, masukkan filamen ketam dan biarkan masak.
  • Kemudian tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga sup menjadi pekat.
  • Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan-lahan. Ia penting supaya telur tidak bergumpal.
  • Perasakan sup dengan secubit garam, cuka, dan kicap pekat. Sebatikan.
  • Angkat dan hidangkan sup bersama hirisan daun bawang serta minyak bijan.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!