Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Tulang Thai Yang Empuk Dan Pedas Memikat Selera!

Sup tulang antara menu yang sangat popular setiap kali berkunjung ke kedai masakan siam.

Sup tulang ala thai mempunyai rasa pedas dan masam yang mampu memikat selera seseorang.

Kalau suami atau anak Mommy peminat daging dan tulang boleh lah cuba resepi ni. Confirm Daddy suka!

Resepi Sup Tulang Thai

Bahan-Bahan

  • 500g Tulang

Bahan Untuk Rempah Ratus:

  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih

Bahan Untuk Dikisar: 

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan Untuk Dipotong Dadu Besar: 

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Cara-Cara Penyediaan

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

3. Masukkan air rebusan tulang.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

4. Masukkan tulang dan kacau biar sebentar dalam beberapa minit.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.

6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

Kredit Gambar: Youtube Che Nom

Tips Menyediakan Resepi Sup Tulang Thai

  • Untuk menjimatkan masa Mommy memasak resepi sup tulang Thai ini, rebus tulang lembu di dalam periuk yang lain dan pastikan tulang dimasak sehingga empuk.

Kredit Resepi: Che Nom 

Print

Resepi Sup Tulang Ala Thai

Course Sup
Cuisine Thailand
Cook Time 20 minutes
Servings 4

Ingredients

  • 500 gram tulang

Bahan untuk rempah tumis

  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil  jintan putih
  • 1 sudu besar  lada hitam

Bahan untuk dipotong dadu besar

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji  kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Instructions

  • Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  • Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  • Masukkan air rebusan tulang
  • Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar
  • Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  • Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak pilihan resepi yang sedap dan sihat di SINI.