Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Tulang Siam Paling Mudah & Cepat

resepi sup tulang

Kredit gambar: Thaihos.com

Resepi Sup Tulang Siam merupakan hidangan yang kaya dengan rasa dan berbau wangi, membawa kenikmatan kepada sesiapa yang mencuba.

Bukan sahaja mempunyai sentuhan yang penuh unik dengan bahan-bahan yang digunakan, serta membuka selera sesiapa sahaja, menu lazat ini juga sangat mudah untuk Mommy semua sediakan.

Tanpa membuang masa, apa kata kalau Mommy semua cuba buat hidangan penuh nikmat ini dengan berpandukan resepi yang kami kongsikan di bawah!

Resepi Sup Tulang Siam

Bahan-bahan untuk Sup:

  • Daging dan tulang
  • Lobak merah (dipotong)
  • Bawang putih
  • Kentang
  • Celery
  • Sesudu nampla
  • 200ml air
  • 1 paket rempah sup siam Adabi
  • 100ml air rebusan daging
  • Gula kelapa Thai (palm sugar)
  • Cili padi
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Gula (gula kelapa Thai)

Bahan-bahan untuk Sambal Kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • Sesudu bawang goreng
  • Kicap
  • Asam limau secukup rasa

Cara Memasak Sup Tulang:

#1. Rebus daging tulang sehingga setengah masak.

#2. Potong-potong carrot mengikut corak yang diingini.

#3. Tumis bawang putih, kentang, lobak merah, dan celery sehingga keperangan. Pastikan bawang putih berwarna keemasan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Masukkan sesudu nampla dan campurkan dengan rata dan tuangkan 200ml air. Pastikan produk yang digunakan adalah halal.

#5. Masukkan daging yang telah direbus. Tambahkan 1 paket rempah sup siam Adabi dan kacau perlahan. Sesuaikan rasa dengan memilih jenis tomato atau menambah rempah jika perlu. Kacau sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Tambahkan 100ml air rebusan daging, ambil yang jernih. Masukkan gula kelapa Thai dan cili padi secukup rasa.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#7. Masukkan tomato dan bawang holland. Biarkan sup mendidih dan tunggu kentang menjadi lembut. Siap dimasak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Cara Masak Sambal Kicap:

#1. Goreng 3 ulas bawang putih dan 10 biji cili padi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Masukkan dalam lesung batu dan tambahkan sesudu bawang goreng. Tumbuk halus.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Tambahkan kicap dan perah asam limau secukup rasa.

resepi sup tulang
Print

Resepi Sup Tulang Siam

Course Sup
Cuisine Thailand
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan-bahan sup tulang

  • Daging dan tulang
  • Lobak merah (dipotong kecil atau dadu)
  • Bawang putih
  • Kentang
  • Daun saderi
  • Sesudu nampla
  • 200 ml Air
  • 1 paket Rempah sup siam
  • 100 ml Air rebusan daging
  • Gula kelapa Thai
  • Cili padi
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Gula

Bahan-bahan Cili Kicap:

  • 3 ulas Bawang putih
  • 10 biji Cili padi
  • 1 sudu kecil Bawang goreng
  • Kicap

  • Asam limau (secukup rasa)

Instructions

Cara masak Sup Tulang:

  • Rebus daging tulang sehingga setengah masak.
  • Tumis bawang putih, kentang, lobak merah, dan daun saderi sehingga keperangan. Pastikan bawang putih berwarna keemasan.
  • Masukkan sesudu nampla dan campurkan dengan rata dan tuangkan 200ml air. Pastikan produk yang digunakan adalah halal.
  • Masukkan daging yang telah direbus. Tambahkan 1 paket rempah sup siam dan kacau perlahan. Sesuaikan rasa dengan memilih jenis tomato atau menambah rempah jika perlu. Kacau sebati.
  • Tambahkan 100ml air rebusan daging, ambil yang jernih. Masukkan gula kelapa Thai dan cili padi secukup rasa.
  • Masukkan tomato dan bawang holland. Biarkan sup mendidih dan tunggu kentang menjadi lembut. Siap dimasak.

Cara masak Cili Kicap:

  • Goreng 3 ulas bawang putih dan 10 biji cili padi.
  • Masukkan dalam lesung batu dan tambahkan sesudu bawang goreng. Tumbuk halus.
  • Tambahkan kicap dan perah asam limau secukup rasa.

Siap untuk dihidang bersama sup kambing. Nikmatilah hidangan ini dengan keluarga atau jiran-jiran terdekat. Selamat mencuba!


Ikuti panduan mudah resepi-resepi menarik yang lain di SINI!