Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Tauhu Bergedil Berlauk Viral: Resepi Mudah dan Sedap!

resepi tauhu bergedil

Kredit gambar: Youtube@Che Nom

Tauhu Bergedil Berlauk kini menjadi pilihan viral di kalangan pencinta masakan Malaysia. Kelembutan, kepadatan, dan kemudahan kukus tanpa menggunakan acuan membuatkan hidangan ini semakin diminati.

Tambah pula dengan sambal kicap yang pedas, pastinya sesuai untuk citarasa Mommy sekeluarga. Jom kita lihat resepi tauhu bergedil yang lengkap di bawah!

Resepi Tauhu Bergedil

Bahan-Bahan Kisar:

  • 3 keping tauhu petak biasa
  • 3 batang tauhu telur
  • 2-3 biji kentang, dihiris dan digoreng terlebih dahulu
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Suku gelas air

Bahan untuk Sayur dan Isi:

  • 1 mangkuk isi ayam bahagian dada perlu dicincang lumat
  • 3 biji telur
  • 3 tangkai daun bawang dan daun sup, dihiris halus
  • 1 biji lobak merah, disagat dan hiris halus (optional)

Bahan Sambal Kicap:

  • 15 biji cili padi atau ikut pedas yang Mommy suka
  • 6 biji bawang putih

Cara memasak bergedil:

  1. Kisar semua bahan kisar di atas hingga lumat. Jika suka, boleh kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap.
Kredit gambar: Facebook @MAHN

2. Campurkan isi ayam, telur, daun bawang, dan lobak merah (jika digunakan) dalam bekas besar yang tahan panas bersama bahan kisar.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

3. Mommy perlu kacau sebati semua bahan dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Setelah sejuk, potong kecil-kecil.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

4. Untuk menggoreng, Mommy perlu mencelup tauhu dalam telur yang telah dipukul.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

5. Kemudian, goreng dengan api sedang sehingga ia bertukar warna menjadi keperangan. Hidangan siap untuk disajikan bersama sambal cili kicap.

Cara masak sambal kicap:

  1. Mula-mula, Mommy goreng cili padi dan bawang putih sehingga layu.
Kredit gambar: Facebook @MAHN

2. Kemudian, kisar bersama kicap lemak manis mengikut sukatan peribadi, dan sambal kicap siap untuk dinikmati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN
resepi tauhu bergedil
Print

Resepi Tauhu Bergedil

Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri, Keluarga, Lunchbox

Ingredients

Bahan-bahan kisar:

  • 3 keping Tauhu
  • 3 batang Tauhu telur
  • 2-3 biji Kentang (dihiris dan digoreng terlebih dahulu)
  • 2 ketul Kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil Serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil Serbuk lada hitam
  • 1/4 Gelas air

Bahan-bahan untuk Sayur dan Isi:

  • 1 mangkuk Isi ayam (bahagian dada yang dicincang lumat)
  • 3 biji Telur
  • 3 tangkai Daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
  • 1 biji Lobak merah (disagat dan hiris halus)

Bahan-bahan Sambal Kicap:

  • 15 biji Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 6 biji Bawang putih

Instructions

Cara Masak Sambal Kicap:

  • Goreng cili padi dan bawang putih sehingga layu.
  • Kemudian, kisar bersama kicap lemak manis mengikut citarasa anda, dan sambal kicap siap untuk dinikmati.

Cara Memasak bergedil:

  • Kisar semua bahan kisar di atas hingga lumat. Jika suka, boleh kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap.
  • Campurkan isi ayam, telur, daun bawang, dan lobak merah (jika digunakan) dalam bekas besar yang tahan panas bersama bahan kisar.
  • Mommy perlu kacau sebati semua bahan dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Setelah sejuk, potong kecil-kecil.
  • Untuk menggoreng, anda perlu mencelup tauhu dalam telur yang telah dipukul.
  • Kemudian, goreng dengan api sedang sehingga ia bertukar warna menjadi keperangan. Hidangan siap untuk disajikan bersama sambal cili kicap.

Dengan resepi ini, Mommy pasti dapat menyediakan Tauhu Bergedil Berlauk yang lazat dan memuaskan selera keluarga anda. Jangan lupa mencubanya!


Ikuti panduan resepi menarik yang lain di SINI!