Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lagi Resepi Sayur Guna Air Fryer – Terung Bakar Yang Membantu Dalam Penurunan Berat Badan

Sumber: Shutterstock

Kali ini Motherhood mengkongsikan resepi Terung bakar yang mudah untuk disediakan dan sungguh lazat untuk menikmatinya! Tahukah Mama, terung yang berwarna ungu mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan?

Ia kaya dengan kalsium, mineral, serat dan juga vitamin K. Kajian juga menyatakan terung juga baik untuk otak dan jantung. Oleh sebab itu, Mama boleh jadikan terung sebagai menu sihat untuk keluarga Mama. Mari kita lihat khasiat terung bersama-sama.

Khasiat Terung 

Sumber: Shutterstock

Terdapat pelbagai kebaikan yang terung dapat memberi kepada tubuh badan kita seperti:

  • Kaya dengan zat besi
  • Rendah kalori
  • Tinggi serat
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Mencegah diabetes
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Tulang lebih sihat dan kuat
Sumber: Shutterstock

Terung, seperti sayur-sayuran lain, mengandungi vitamin. Apakah vitamin dalam terung? Menurut data rujukan dalam “biru” ialah karotena, tiamin, niacin, asid askorbik, vitamin B6, folasin.

  • vitamin A
  • vitamin B2
  • vitamin B3
  • vitamin B6
  • vitamin B9
  • vitamin C
  • kalium
  • klorin
  • fosforus
  • sulfur
  • Kalsium
  • magnesium
  • Natrium

Peringatan Untuk Mama

Peringatan untuk Mama bahawa setiap sayuran mempunyai keburukannya juga. Oleh itu, berhati-hati dan waspada pada pengambilan sayur terung.

  • Terung mengandungi oxalate. Bahan-bahan ini apabila berinteraksi dengan batu bentuk kalsium. Tidak disyorkan untuk makan terung rebus dengan produk yang mengandungi kalsium seperti susu, keju, keju kotej, kefir, kacang.
  • Terung mengandungi bahan toksik seperti solanine, oleh sebab itu, ia perlu direndam dengan air masin selama 1 jam sebelum di rebus.

Jom Try Resepi Baru

Sumber: Shutterstock

Sekarang Mama pun dah tahu, kebaikan dan keburukan terung. Oleh itu, Mama perlu berwaspada dengan apa yang Mama consume dan juga masak untuk keluarga Mama. Dibawah, Motherhood kongsikan resepi Terung Bakar menggunakan air fryer, selamat mencuba!

Print

Terung Bakar

Course Makan Tengah Hari
Keyword terung, terung bakar
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

BAHAN-BAHAN A

  • 2 biji terung bulat saiz sederhana
  • 1 sudu teh serbuk kunyit kisar
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh minyak zaitun

BAHAN-BAHAN B

  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh)
  • ½ cawan air (Dibancuh dengan asam jawa)
  • 1 labu bawang besar (Dipotonh dadu kecil)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Terung dipotong bulat anggaran tebal 1 inci.
  • Gaulkan dengan serbuk kunyit, lada hitam, dan garam. Kemudian, sapukan minyak zaitun.
  • Masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 10 minit.
  • Terbalikkan terung dan masak lagi 5 minit. Keluarkan.
  • Masukkan cili merah, cili api dan belacan ke dalam Air Fryer dan masak selama 5 minit. Keluarkan.
  • Kisarkan cili merah, cili api dan belacan dengan bancuhan air asam jawa.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan bawnag besar, gula, dan garam (untuk dijadikan sambal).
  • Hidangkan terung bersama sambal.