Senangnya Resepi Tomyam Ayam Ni, Campak-Campak Je Dah Siap!

resepi tomyam ayam
Kredit gambar: istockphoto

Memang tidak boleh disangkal lah kelazatan tomyam sebagai hidangan berkuah utama kan? Kalau tak makan dengan nasi putih dan telur dadar, boleh juga dinikmati bersama bihun, mee dan kuey tiaw.

Rasa masam, pedas, masin dan manisnya memang akan membuka selera. Hirup je kuah tomyam ni beberapa sudu, terasa segar terus badan.

Bukan sahaja enak tetapi ia menyihatkan tau. Ada lauk-pauk, ada sayur-sayuran dan bermacam lagi. Nak buat pun senang, campak-campak je.

Jom, ke dapur bersama Motherhood dan cuba resepi tomyam ayam ini!

Resepi Tomyam Ayam

Highlighted

tomyam ayam
Kredit gambar: templeofthai.com/

Resepi oleh: Hamizah Kitchen

Bahan-Bahan

  • Seekor ayam yang dipotong dan dibasuh bersih
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • Sebiji bawang besar yang dihiris
  • 8 biji bawang putih yang dihiris
  • Halia yang dihiris
  • 5 biji cili api
  • 4 batang serai yang diketuk
  • Daun limau purut
  • Bunga kobis
  • Buah tomato yang dipotong wedges
  • Lobak merah yang dipotong stick
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Sesedap rasa Maggi

Cara-Cara

1. Mula-mula, sediakan kesemua bahan-bahan.

bahan-bahan untuk resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

2. Kemudian, masukkan ayam ke dalam periuk bersih.

masukkan ayam ke dalam periuk
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

3. Diteruskan pula dengan bawang besar, bawang putih, serai, cili api, halia dan tomato.

masukkan bahan-bahan lain
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

4. Pes tomyam juga.

masukkan pes
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

5. Kemudian, tuangkan air secukupnya.

masukkan bahan-bahan dan air ke dalam resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

6. Kacaukan sebati kesemuanya dan dididhkan.

kacaukan sebati kesemuanya dan didihkan
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

7. Apabila sudah mendidih, masukkan pula lobak merah dan daun limau purut. Kacau-kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

masukkan lobak merah dan daun limau purut ke dalam resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

8. Seterusnya, diikuti dengan bunga kobis.

masukkan bunga kobis ke dalam resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

9. Perasakan pula dengan gula, sesedap rasa dan garam.

perasakan dengan gula
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen
perasakan dengan garam untuk resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

10. Kacau-kacau dan siap!

resepi tomyam ayam
Kredit gambar: YouTube @Hamizah Kitchen

Tips Memasak Tomyam Ayam

  • Mommy tak boleh kedekut pes ya. Nanti tak ‘kaw’. Memang kena letak secukupnya bergantung kepada isi kuah dan kuantiti air.
  • Resepi ni tak guna air perahan limau nipis tapi rasa masamnya adalah daripada tomato. Mudah tapi sedap!
  • Kalau nak letak sayur lain seperti cendawan pun best tau Mommy.

Ni kalau makan dengan nasi goreng kampung memang terangkat ni. Selamat mencuba Mommy!

0 replies on “Senangnya Resepi Tomyam Ayam Ni, Campak-Campak Je Dah Siap!”