Resepi Udang Buttermilk merupakan hidangan yang amat popular di Malaysia. Ia menggabungkan rasa manis dan pedas dengan kelembutan udang dalam satu hidangan yang lazat.
Ia merupakan pilihan yang hebat untuk Mommy yang ingin mencuba hidangan Malaysia yang penuh nilai autentik dan berkuah.
Untuk menyediakan hidangan ini, udang dimasak dengan sos buttermilk yang kaya dan pekat. Sos buttermilk ini pula mengandungi campuran susu segar, dan rempah-rempah yang memberikan rasa berkrim dan berperisa kepada hidangan ini.
Proses penyediaan Resepi Udang Buttermilk ini juga sangat mudah dan cepat. Mommy boleh ikuti cara penyediaannya di bawah ini!
Resepi Udang Buttermilk
Berikut adalah langkah-langkah memasak Resepi Udang Buttermilk iaitu:
Bahan-bahan
- 10 ekor udang galah (boleh juga menggunakan udang lain)
- 1 cawan mentega (butter)
- 1 cawan susu cair (setengah tin atau lebih, bergantung pada ketebalan yang dikehendaki)
- 7 ulas bawang putih (dipotong dadu)
- 1 ulas bawang holland (dipotong dadu)
- 5 batang cili padi (pilihan, tumbuk, potong dadu atau kisar halus bersama bawang putih)
- 1 batang cili besar
- 1 tangkai daun kari
- Garam
Cara-cara masak
#1. Pertama sekali, Mommy sediakan semua bahan yang diperlukan. Bersihkan udang dan ketepikan. Kisar halus bawang putih dan cili padi jika Mommy sukakan rasa yang pedas boleh juga kalau dipotong dadu.
#2. Panaskan kuali dengan sedikit mentega (buttercup). Pastikan api sederhana untuk mengelakkan mentega hangus. Selepas mentega cair dan mula berbuih, masukkan udang yang telah dicuci bersih.
Goreng udang dalam mentega sehingga sedikit garing dan bertukar warna oren. Ini hanya perlu mengambil masa beberapa minit, bergantung pada saiz udang. Setelah udang masak, angkat dan ketepikan.
#3. Dalam kuali yang sama digunakan untuk menggoreng udang, masukkan sedikit lagi mentega jika perlu.
#4. Tumiskan bawang putih dan cili api yang dipotong dadu (jika guna) hingga naik bau dan sedikit garing. Pastikan api sederhana supaya bawang putih tidak cepat hangus.
#5. Setelah bawang putih dan cili tumis sebati, tuangkan susu cair ke dalam kuali. Kemudian, masukkan sedikit garam mengikut citarasa Mommy.
#6. Setelah adunan susu mendidih dan sedikit pekat, masukkan semula udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Kacau rata supaya udang tenggelam dalam adunan buttermilk.
#7. Masak adunan dengan api sederhana sehingga sos pekat dan melekat pada udang. Ini mungkin mengambil masa beberapa minit. Pastikan Mommy sentiasa kacau supaya adunan tidak melekat pada bahagian bawah kuali.
#8. Setelah sos memekat dan menyaluti udang dengan baik, rasa sedikit kuahnya dan perasakan lagi dengan menambah garam jika perlu.
Udang buttermilk Mommy sedia untuk dihidangkan! Hidangkan udang buttermilk bersama nasi kukus atau hidangan lain pilihan Mommy.
Selamat menikmati hidangan udang buttermilk yang lazat ini!
Resepi Udang Buttermilk
Ingredients
Bahan yang diperlukan:
- 10 ekor Udang galah
- 1 cawan Mentega
- 1 tin Susu cair
- 5 batang Cili padi (dipotong kecil)
- 1 batang Cili besar
- 7 ulas Bawang putih (dipotong dadu)
- 1 ulas Bawang holland (dipotong dadu)
- 1 tangkai Daun kari
- Garam
Instructions
- Sediakan semua bahan yang diperlukan. Bersihkan udang dan ketepikan.
- Kisar halus bawang putih dan cili padi jika ingin rasa pedas. Cili padi boleh dihiris kecil.
- Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Pastikan api sederhana untuk mengelakkan mentega hangus.
- Selepas mentega cair dan mula berbuih, masukkan udang yang telah dicuci bersih.
- Goreng udang dalam mentega sehingga sedikit garing dan bertukar warna oren. Ini hanya perlu mengambil masa beberapa minit, bergantung pada saiz udang.
- Setelah udang masak, angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama digunakan untuk menggoreng udang, masukkan sedikit lagi mentega jika perlu.
- Tumiskan bawang putih dan cili api yang dipotong dadu (jika guna) hingga naik bau dan sedikit garing. Pastikan api sederhana supaya bawang putih tidak cepat hangus.
- Setelah bawang putih dan cili tumis sebati, tuangkan susu cair ke dalam kuali. Kemudian, masukkan sedikit garam mengikut citarasa.
- Setelah adunan susu mendidih dan sedikit pekat, masukkan semula udang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
- Kacau rata supaya udang tenggelam dalam adunan buttermilk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga sos pekat dan melekat pada udang.
- Kacau sentiasa supaya adunan tidak melekat pada bahagian bawah kuali.
- Setelah sos memekat dan menyaluti udang dengan baik, rasa sedikit kuahnya dan perasakan lagi dengan menambah garam jika perlu.
Selain resepi udang buttermilk ini, Mommy boleh cuba pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!