Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Macam Mana Nak Pilih Udang Segar Untuk Lauk Sahur? Resepi Sahur: Udang Goreng Cili Kering

Kredit gambar: Cooking with Nart & Licious

Makanan laut yang segar pasti menjilat jari pada pagi sahur dengan nasi yang panas-panas.

Resepi kali ini special untuk Mommy yang penggemar udang. Dengan rasanya cukup pedas mesti meninggalkan kesan pada sahur anda.

Mari kita lihat resepi di bawah~

Print

Resepi Udang Goreng Cili Kering

Ingredients

  • 800g Udang gaul garam & serbuk kunyit
  • Segenggam cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • ½ sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 9 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang Holland
  • Sedikit daun sup

Instructions

  • Sediakan bahan untuk goreng udang. Letakkan kunyit dan juga garam ke udang yang kita nak goreng. Kemudian gorengkan udang hingga keemasan.
  • Goreng cili kering yang telah direndam dalam air panas dan bilas. Selepas itu kisarkan.
  • Tumis bawang besar, halia, bawang putih hingga naik bau. Selepas itu, masukkan cili kering yang dikisar tadi. Tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan kiub ikan bilis, asam jawa, gula, sos cili, sos tomato, garam, tomato dan bawang holland.
  • Masukkan udang dan gaul rata. Tambahkan, daun sup. Dan kalau kering boleh tambah air sedikit. Dah siap!

Sebelum kita teruskan dengan masakan kita, apa kata kita tengok dahulu, macam mana nak pilih udang yang segar di pasaraya? Jika Mommy seorang yang jarang makan atau masak makanan laut dan buntu macam mana nak pilih udang, boleh la cuba tips-tips ini!

3 Tips Memilih Udang Segar

Kredit gambar: Wiktionary

#1 Tidak Berbau

Pertama sekali, kita kene bau aroma udang dahulu. Adakah ia berbau busuk dan kurang menyenangkan? Hanyir itu sudah pasti bau makanan laut, tetapi jangan terlalu hanyir. Haa, itu tanda-tanda dia tak fresh. Maksudnya dia sudah lama dan tidak lagi segar untuk masakan Mommy.

#2 Keadaan Udang

Seterusnya, kita lihat pula tekstur udang. Udang yang baru sahaja ditangkap dari laut, selalunya lebih keras apabila dipegang. Mommy sentuh sedikit sebelum membeli. Satu lagi tengok juga kalau dia berlendir. Kalau berlendir juga no no tau Mommy! Kalau berlendir, lebih elok kita cari yang lain pula.

#3 Warna Udang

Warna udang juga memainkan peranan dalam pemilihan udang yang segar. Udang segar mempunyai warna yang jernih dan tiada bintik-bintik hitam. Mommy perlu awas dengan udang yang sudah kekuningan, kemerahan dan juga biru kerana ia adalah tanda-tanda udang sudah tidak lagi segar.

Kredit gambar: Thebigfatnoodle

Sekarang, Mommy pun dah pandai pilih udang yang segar dekat pasar!

Harap-harap tips disini dapat membantu Mommy untuk pilih udang yang segar-bugar dan dalam masa yang sama dapat menyediakan lauk ini untuk sahur!

Selamat mencuba ya Mommy sekalian!

Kredit: Instagram Adik Foods


Jom cuba resepi lain yang sesuai untuk sahur dan Ramadan Mommy di SINI.