Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Buncis, Simple Tetapi Sangat Menyelerakan!

resepi udang goreng kunyit

Kredit gambar: YouTube @Sharing Masak Memasak

Resepi Udang Goreng Kunyit dengan Kacang Buncis adalah hidangan yang lazat dan mudah disediakan. Hidangan ini dimasak sempurna bersama kacang buncis, bawang putih, bawang merah, dan cili merah yang memberikannya rasa yang kaya dan beraneka, sementara kunyit pula menambah aroma dan warna yang menarik.

Dengan sedikit garam untuk memperkaya citarasa, hidangan ini pasti memikat selera sesiapa yang menyukai hidangan laut dan sayur-sayuran. Paling penting, menu mewah penuh khasiat ini, tentunya dapat memikat selera anak-anak Mommy!

Mommy boleh cuba buat mengikut panduan resepi di bawah!

Resepi Udang Goreng Kunyit dengan Kacang Buncis

Bahan-bahan:

  • 200g udang (buang kulit)
  • 1 ikat kacang buncis (potong serong)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Garam
  • Minyak

Cara-cara Memasak:

#1. Mula-mula, Mommy bersihkan udang dan jangan lupa untuk membuang kotoran najis yang ada di belakang tubuhnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah siap, Mommy gaulkan udang dengan garam dan kunyit. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing dan harum.

#2. Masukkan udang yang telah digaulkan dengan garam dan kunyit ke dalam kuali. Mommy goreng udang sehingga ia masak sepenuhnya dan bertukar warna menjadi keemasan.

#3. Kemudian toskan udang. Dalam bekas minyak yang sama, Mommy tambahkan kacang buncis yang telah dipotong serong ke dalam kuali. Jangan lupa menambahkan bawang besar dan cili merah.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Kemudian, Mommy gaulkan semua bahan sehingga tercampur rata dan kacang buncis kelihatan sedikit layu tetapi masih crunchy.

#5. Kesemuanya perlu dimasak dengan api sederhana hingga kacang buncis menjadi sedikit empuk tetapi masih kekal kecrunchy-an mereka.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Sekiranya perlu, Mommy boleh tambahkan lagi garam secukup rasa dan aduk rata semua bahan agar sebati. Hidangkan segera, untuk dinikmati panas-panas bersama dengan nasi putih.

resepi udang goreng kunyit
Print

Resepi Udang Goreng Kunyit dengan Kacang Buncis

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 200 g Udang (dibuang kulit)
  • 1 ikat Kacang buncis (dipotong serong)
  • 2 ulas Bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji Cili merah (dihiris nipis)
  • 1 biji Bawang merah besar (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil Kunyit
  • Garam
  • Minyak

Instructions

  • Gaulkan udang dengan garam & kunyit. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing dan harum.
  • Masukkan udang yang telah digaulkan dengan garam dan kunyit ke dalam kuali. Goreng udang sehingga masak sepenuhnya dan berwarna keemasan.
  • Kemudian toskan udang. Dalam bekas minyak yang sama, tambahkan kacang buncis yang telah dipotong serong ke dalam kuali. Jangan lupa menambahkan bawang besar dan cili merah.
  • Gaulkan semua bahan sehingga tercampur rata dan kacang buncis sedikit layu tetapi masih crunchy.
  • Kesemuanya harus dimasak dengan api sederhana hingga kacang buncis menjadi sedikit empuk tetapi masih mempertahankan kecrunchy-an mereka.
  • Sekiranya perlu, tambahkan garam secukup rasa dan aduk rata. Hidangkan segera, panas-panas bersama nasi putih.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan Udang Goreng Kacang Buncis yang lazat ini!


Ikuti panduan memasak resepi-resepi menarik yang lain di SINI!