Resepi Udang Masak Lemak adalah hidangan yang memukau dengan rasa lemak, manis, dan masam yang begitu menyerlah. Ia adalah hidangan yang sangat popular dan menjadi menu kesukaan ramai orang.
Mommy bolehlah mencubanya sebagai hidangan tengahari atau malam sebagai satu cara untuk memikat selera keluarga anda.
Kekuatan sebenar hidangan ini terletak pada kuahnya yang berpalit dengan udang segar. Kuah yang kaya dengan pelbagai rasa yang sempurna ini mampu membuka selera sesiapa sahaja.
Hidangan ini sangat enak dinikmati dan pasti akan menjadi kegemaran Mommy dan seluruh keluarga.
Untuk memasak hidangan ini, Mommy boleh mengikuti panduan yang mudah di bawah ini!
Resepi Udang Masak Lemak
Bahan-bahan:
- 5 ekor udang galah saiz besar
- Kunyit hidup (potong kecil)*
- Bawang merah*
- Bawang putih (seulas dua sahaja)*
- Cili padi (kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)*
- Sedikit belacan*
- Serai (dititik)
- 1 kotak kecil santan
- Daun kunyit
*bahan bertanda * perlu dikisar
Cara-cara memasak:
#1. Pertama sekali, sediakan semua bahan yang diperlukan untuk Resepi Udang Masak Lemak ini.
#2. Kemudian, panaskan periuk dan masukkan sedikit santan yang telah dicairkan. Kekalkan api pada tahap sederhana.
Seterusnya, campurkan bahan yang telah dikisarkan sebelumnya ke dalam santan yang sedikit tersebut. Pastikan untuk mencampurkan semuanya dengan rata untuk mendapatkan citarasa yang baik.
#3. Kemudian, tambahkan daun kunyit yang telah disediakan sebelumnya, serta serai yang telah dititik. Keduanya akan memberikan aroma dan cita rasa kepada hidangan ini.
#4. Kemudian, Mommy masukkan gula dan garam secukup rasa.
#5. Apabila kuah sudah mendidih dengan baik, masukkan udang galah segar ke dalam periuk. Pastikan Mommy tidak memasak udang terlalu lama, kerana ia boleh menyebabkan udang menjadi terlalu masak dan keras.
#6.Biarkan hidangan mendidih dengan api kecil selama kira-kira 5-8 minit. Ini akan memastikan udang dimasak dengan sempurna tanpa berlebihan.
#7. Sajikan hidangan udang masak lemak ini dengan nasi putih yang masih panas. Selamat mencuba!
Tips Masak Udang Agar Kekal Manis dan Sedap
Berikut adalah 5 tips untuk memasak udang dengan sempurna iaitu:
- Pilih Udang Berkualiti
Pilih udang segar dengan warna cerah dan kulit yang kenyal. Pastikan ia tidak berbau hamis.
- Kupas dan Bersihkan
Jika Mommy tidak sukakan kulit, boleh kupas kulit udang dan pastikan menarik keluar segala kotoran dan ususnya. Untuk kelihatan lebih menarik, boleh biarkan ekornya.
- Perasa Asas
Marinate udang dengan perasa asas seperti garam, lada, dan sedikit jus lemon. Biarkan selama 15 minit untuk IA meresap bagi menyerlahkan lagi rasanya.
- Pilihan Teknik Memasak
Untuk kelainan rasa, Mommy boleh menggoreng, merebus, atau memanggang udang sebelum memasukkannya ke dalam masak lemak. Menggoreng memberikan tekstur kenyal, merebus menjadikannya lembut, dan memanggang memberikan rasa karamel.
- Jangan Overcook
Udang akan masak dengan cepat. Jadi Mommy jangan biarkan ia masak terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kering. Masak hanya sehingga berubah warna menjadi merah jambu.
Selamat mencuba memasak udang yang sedap!
Resepi Udang Masak Lemak
Ingredients
Bahan-bahan:
- 5 ekor Udang galah (saiz besar)
- 1-2 inci Kunyit hidup (dipotong kecil)
- 1-2 biji *Bawang merah
- 1-2 ulas *Bawang putih
- *Cili padi
- Sedikit *Belacan
- *Serai (dititik)
- 1 kotak kecil Santan
- Daun kunyit
Instructions
- Panaskan periuk dan masukkan sedikit santan yang telah dicairkan. Kekalkan api pada tahap sederhana.
- Seterusnya, campurkan bahan yang telah dikisarkan* sebelumnya ke dalam santan yang sedikit tersebut.
- Pastikan untuk mencampurkan semuanya dengan rata untuk mendapatkan citarasa yang baik.
- Kemudian, tambahkan daun kunyit yang telah disediakan sebelumnya, serta serai yang telah dititik. Keduanya akan memberikan aroma dan cita rasa kepada hidangan ini.
- Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Apabila kuah sudah mendidih dengan baik, masukkan udang galah segar ke dalam periuk.
- Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama, kerana ia boleh menyebabkan udang menjadi terlalu masak dan keras.
- Biarkan hidangan mendidih dengan api kecil selama kira-kira 5-8 minit. Ini akan memastikan udang dimasak dengan sempurna tanpa berlebihan.
- Sajikan hidangan udang masak lemak ini dengan nasi putih yang masih panas. Selamat mencuba!
Mommy juga boleh pelajari pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!