Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sakit Perut Tanpa Apa-Apa Penjelasan? Dr Pakar Kongsi Apa Itu Mid-Cycle Ovulatory Pain (Mittelschmerz)

Jika Mommy pernah melalui sakit di perut tanpa apa-apa sebab 2 minggu sebelum Mommy haid, mungkin Mommy mengalami sakit Mid-Cycle Ovulatory Pain ataupun Mittelschmerz. Daripada bahasa German, ia bermaksud “sakit tengah” atau “sakit di pertengahan bulan”.

Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat tentang Mid-Cycle Ovulatory Pain dengan lebih mendalam dengan pesakitnya menahan sakit selama 7 tahun dan berjumpa dengan bermacam-macam doktor.

Jom baca di bawah~

Sakit Perut? Haid Atau Ovulasi? 

Highlighted


“Saya buntu sebenarnya Dr. Setiap kali pertengahan bulan, lebih kurang 2 minggu sebelum period nak datang, saya dah mula trauma dan fobia. Sakitnya bukan kepalang, hidup saya dah bergantung pada painkiller. Tak sanggup”

“2 minggu sebelum datang period awak sakit? Biasanya kat bahagian mana yg sakit tu?”
“Kekadang belah kanan, kekadang belah kiri. Tak menentu. Sakitnya bagaikan ada org merentap ovari saya. Serius, kehidupan saya terganggu.”
“Dah berapa lama sakit tu?”
“Lama Dr. Sejak umur saya masuk 20an. Lebih kurang 7 tahun lamanya. Selama 7 tahun tu pelbagai Dr saya dah jumpa (lebih dari 15 orang), semuanya berikan jawapan yang sama. Semuanya kata normal. Ada yang suggest saya kahwin cepat. Saya sampaikan dah putus harapan. Tiada penyelesaian”
Melalui penceritaan beliau, sememangnya sedang desperate dan memerlukan pertolongan. Saya periksa bahagian abdomen, periksa kencing untuk rule out urinary tract infection, buat permeriksaan scan, ternyata segalanya normal.

Disimpulkan sakit pertengahan period ni – 2 minggu sebelum datang period dinamakan mid-cycle ovulatory pain (Mittelschmerz). Disebabkan kehidupan beliau terganggu dan kualiti hidup terjejas, kesihatan mental pun sama terjejas – saya decide untuk mulakan pil hormon untuk beliau.

Mittelschmerz terjadi bila ovulasi berlaku pada seseorang wanita – boleh terjadi pada belah kiri atau bahagian kanan – bergantung kepada telur (ovary) mana yang mengalami ovulasi tu, dan biasanya terjadi pada pertengan bulan. Biasanya berlaku sehari dua.

Dengan pemberian pil hormon – pil ni akan merencat ovulasi dan Mittelschmerz ni akan beransur hilang. 3 bulan kemudiannya, pesakit datang semula untuk follow up.

“Saya happy sangat Dr, takda lagi penderitaan saya pada pertengahan bulan. Bagus betul. Kehidupan saya dah pulih.”

Alhamdulilah. Kekadang, bila kita rasa perkara tu sebenarnya remeh, tapi bila kita bagi pertolongan walaupun sedikit sebenarnya dapat membahagiakan orang lain.

Betul kata doktor, kadang-kadang nampak remeh kerana sakit sebulan sekali, tetapi kita jangan ambil mudah dan biasakan diri sangat dengan sakit tu. Mungkin sakit lain juga kan.

Mujur lah ada Dr Izzat, kalau tak, sampai sudah Mommy tak tahu kenapa ya sakit perut ni tanpa sebab. Tak cukup dengan period cramp bagi wanita-wanita yang mengalaminya, ditambah pula dengan Mid-Cycle Ovulatory Pain ini pulak.

Perkongsian yang sangat bermakna buat Mommy yang selalu tertanya, mengapa sakit sebegini sekali. Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memulakan pengambilan apa-apa ubat. Kalau sakit, dapatkan rawatan segera tau Mommy!

Jaga diri ya Mommy~

Kredit: Twitter Dr Muhammad Izzat