Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Senyuman kemurungan” wujud, dan ia lebih merbahaya daripada yang anda fikirkan

Asian Mom Smile

Asian Mom Smile

Berkemungkinan anda tidak pernah dengar tentang “senyuman kemurungan” dan jenis kemurungan seperti ini adalah amat merbahaya. 

“Senyuman kemurungan” ini adalah sama seperti yang digambarkan iaitu seseorang kelihatan gembira di hadapajn orang lain, namun sebenarnya dia merasa sedih.

Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang anda kenali

“Senyuman kemurungan” ini adalah tidak terlalu jelas seperti kemurungan biasa yang di alami oleh orang lain. Luarang tampak seperti gembira dan mempunyai kehidupn yang bagus, namun sebenarnya seseorang yang mengalami kemurungan seperti ini mengalami konflik dalaman.

Sesetengah orang yang mengalami kemurungan seperti ini tidak sedar tentang diri mereka mempunyai masalah seperti ini selain mereka merasa sedih dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Ini membuatkan dalam sesetengah kes, seseorang yang mengalami kemurungan seperti ini tidak mengetahui yang mereka mempunyai masalah seperti ini dan mereka sentiasa menafikan kerana mereka mempunyai kehidupan yang menjaminkan.

Bunuh diri adalah suatu perkara yang jelas mengundang kepada seseorang yang mengalami kemurungan.  Didalam sesetengah kes, terdapat simptom yang jelas di mana seseorang mengalami kemurungan dan ingin menamatkan riwayat hidupnya.

Tetapi di dalam kes “senyuamn kemurungan” ini, tiada tanda yang jelas, dan ini merupakan punca di mana kita sering mendengar tentang kes bunuh diri yang tidak dijangkakan, seperti mereka kelihatan gembira tetapi mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Ini juga adalah penting untuk kita sedar tentang penyakit mental, dan hapuskan stigma masyarakat tentang penyakit mental ini dan beri sikongan kepada sesiapa sahaja yang memilih untuk memohon bantuan.

Meminta bantuan bukan tanda seseorang lemah, tetapi ia adalah tanda di mana seseorang mahu menjadi lebih baik demi diri sendiri dan orang yang dicintai.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Perkara yang anda perlu tahu tentang penyakit mental

Bagi kebanyakan orang, terma “penyakit mental” dipenuhi dengan informasi yang salah dan prejudis. Kenyanyakannya mengaitkan penyakit mental dengan keadaan seseorang menjadi gila tau tidak waras.

Ini adalah salah satu punca mengapa seseorang yang mengalami penyakit mental tidak mahu membuat rawatan dan sentiasa mefikan yang mereka mempunyai penyakit ini.

Jadi ini amat penting untuk kita lebih peka dan lebih terbuka mengenai penyakit mental. Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil tahu tentang penyakit mental:

  1. Didik diri anda tentang penyakit mental. Mendidik diri anda tentang penyakit mental ini secara mendalam adalah kunci kepada kefahaman anda terhadap penghidap pesnyakit ini.
  2. Lebih terbuka dan cuba fahami jika anda mempunyai orang yang anda kenali atau rapat mempunyai penyakit mental.  Jangan cuba memberi layanan kepada penghidap sakit metal lain daripada anda memberi layanan terhadap orang lain. Layani mereka dengan kasih sayang dan faham tentang keperluan mereka. Apa yang mereka mahukan adalah sokongan daripada orang mereka sayangi dan mereka perlu tahu mereka tidak berbeza dengan orang lain.
  3. Sentiasa bersabar. Kadang kala berhadapan dengan orang mempunyai penyakit ini adalah susah. Jadi kita harus memahami yang mereka akan berkelakuan tidak dijangkakan, supaya mudah untuk kita berurusan dengan mereka. 
  4. Jika anda merasa diri anda mengalami sakit mental, usah takut untuk mendapatkan bantuan. Jika anda merasa anda mempunyai masalah ini, jangan takut untuk berjumpa pakar sakit jiwa. Mengambil langkah seperti ini dapat menyelamatkan anda daripada hanyut.
  5. Sentiasa positif. Jika anda merupakan seseorang yang menghidapi penyakit mental atau kenal seseorang yang mengalami masalah ini, adalah penting untuk kekal positif. Kekal positif adalah perkara paling mudah dalam menangani penyakit ini. Ketahuilah, walau apa pun yang berlaku anda akan lebih baik walaupun anda merasakan tidak. Ini adalah perkara paling penting sekali untuk mengelakkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya terjadi.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipetik daripada The Asian Parent.