Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Sup Cendawan Berkrim Yang Enak Disediakan Sebagai Menu Sahur

Kredit gambar: Cafe Delites

Mahu makanan sahur yang tidak terlalu heavy tapi masih rasa kenyang? Kali ini, jom kita cuba resepi Sup Cendawan yang berkrim ini! Sup Cendawan yang juga dikenali sebagai ‘mushroom soup’ ini hanya memerlukan beberapa bahan penting sahaja yang sesuai untuk melengkapkan hidangan ini.

Min cadangkan Mommy gunakan cendawan shiitake yang digabungkan dengan cendawan butang untuk mendapatkan Sup Cendawan yang umph seperti resepi ini.

Print

Resepi Sup Cendawan Berkrim

Course Sup
Cuisine Barat
Keyword Sayuran

Ingredients

  • 1 biji bawang holland didadu
  • 7 ulas bawang putih dicincang
  • 8 cendawan yang warna perang didadu
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu minyak masak
  • ½ sudu kecil dry tyme
  • 300 ml air
  • 200 ml susu atau cooking cream
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan black pepper course
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil oregano
  • Sedikit dry parsley

Instructions

  • Cairkan butter bersama minyak masak. Kalau tak nak dikisarkan pon boleh juga dan kemudian, biarkan ia mendidih sebentar.
  • Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cendawan dan dry thyme dan masak sehingga layu.
  • Masukkan tepung dan gaul rata, kemudian masukkan air, kiub ayam dan biarkan mendidih. Agak lebih 5 minit, matikan api dan biarkan sejuk sebentar, kemudian kisar halus.
  • Masukkan semula ke dalam periuk, bersama susu, black pepper, garam, oregano dan gaul rata.
  • Matikan api. Taburkan dry parsley dan sedia untuk dihidang.

Menurut WebMD, cendawan shiitake memberi beberapa khasiat kepada kesihatan kita. Jom lihat apakah khasiat-khasiatnya:

Khasiat Cendawan Shiitake

Kredit gambar: Bear Naked Food

Meningkatkan Kesihatan Jantung

Ia mengandungi eritadenine, sebatian yang diketahui dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Selain itu, cendawan ini juga mengandungi beta-glukan yang mengurangkan keradangan dan membantu menghalang usus daripada menyerap kolesterol.

Menyokong Kesihatan Imun

Shiitake kaya dengan polisakarida seperti lentin dan beta-glukan lain. Sebatian ini melindungi daripada kerosakan sel, membantu sistem imun, dan meningkatkan pengeluaran sel darah putih untuk melawan mikrob. Polisakarida juga mempunyai sifat anti-radang.

Cendawan Shiitake juga merupakan sumber vitamin yang baik seperti:

  • Vitamin D
  • Tembaga
  • Selenium
  • Tiamin
  • Riboflavin
  • Niasin
  • Vitamin B6
  • Folat
  • Potasium
  • Mangan
  • Magnesium
  • Besi
  • Fosforus

Wah! Banyak juga kelebihan cendawan shiitake ni. Bolehlah Mommy cuba masak sup cendawan berkrim ini! Makan bersama roti bakar atau garlic bread, mesti sedap dan bertambah walaupun semasa sahur.

Selamat mencuba~

Kredit resepi: Instagram Mori_Said