Susu soya ialah susu alternatif yang sangat berkhasiat untuk orang dewasa malah ada juga yang berikan susu soya untuk bayi. Susu soya sering menjadi pilihan mereka yang mempunyai alahan atau intoleransi laktosa terhadap susu lembu.
Alahan laktosa ialah di mana seseorang individu itu menghadapi masalah mencerna gula yang dipanggil laktosa yang merupakan karbohidrat yang terdapat dalam susu lembu.
Susu soya dibuat dari kacang soya dan air yang ditapis. Seperti susu alternatif lain yang berasaskan tumbuhan, jika dibeli di pasaran, ia mungkin mengandungi bahan pengawet untuk meningkatkan konsistensi dan jangka hayat susu tersebut.
Secawan susu soya selalunya mengandungi:
- 80 ke 100 jumlah kalori
- 4 gram karbohidrat
- 4 gram lemak
- 7 gram protein
- 2 gram serat
- 1 gram gula
Susu soya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk orang dewasa. Bagaimana pula dengan bayi?
Adakah susu bukan sumber tenusu seperti susu soya baik juga untuk bayi dan anak kecil? Mama boleh baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui tentang susu soya untuk bayi.
Bolehkah Bayi Kecil Minum Susu Soya?
Bayi di bawah usia satu tahun sebenarnya tidak boleh minum susu lembu, susu soya atau susu berasaskan tumbuhan lain kerana jenis-jenis susu tersebut tidak mempunyai zat dan nutrisi penting yang cukup bagi bayi, melainkan susu formula rumusan khas bayi.
Bayi yang berumur kurang dari satu tahun, terutamanya kurang dari enam bulan memerlukan susu ibu atau susu formula sahaja.
Kenapa ada sesetengah ibu bapa memilih untuk berikan susu soya untuk bayi mereka?
Susu lembu mengandungi terlalu banyak protein dan mineral yang mungkin keterlaluan untuk sesetengah perut bayi yang sensitif. Walau bagaimanapun, kebanyakan susu berasaskan tumbuhan tidak mencukupi sumber nutrien yang diperlukan bayi pula.
Mujur untuk ibu bapa yang ingin memberi susu soya kepada bayi, sekarang susu formula bayi berasaskan soya sudah pun diformulasikan untuk pengambilan bayi di bawah satu tahun!
Sebilangan ibu bapa memilih susu formula soya kerana dipercayai bahawa ini adalah pilihan yang paling bermanfaat untuk kesihatan anak mereka sekarang dan di masa depan.
Kepercayaan ini mungkin adalah berdasarkan kajian yang menghubungkan diet yang kaya dengan susu soya dengan risiko penyakit tertentu adalah lebih rendah, termasuklah diabetes jenis 2 (type 2) dan penyakit jantung pada orang dewasa.
Pakar nutrisi juga bersetuju bahawa formula berasaskan protein soya adalah pilihan yang paling baik untuk bayi yang lahir cukup usia (full term) tetapi mengalami masalah galaktosemia atau kekurangan laktase, dua keadaan di mana bayi tidak dapat memecahkan gula semula jadi dalam susu lembu.
Mungkin ada yang berpendapat bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu perlu mengambil susu kambing kerana lebih tinggi manfaatnya.
Walau bagaimanapun, ramai individu, termasuk pasangan ibu bapa pada zaman sekarang yang memilih untuk tidak mengambil apa-apa jenis produk makanan dan minuman dari sumber haiwan, atau dipanggil vegan atau vegetarian. Mereka hanya mengamalkan diet berasaskan tumbuhan sahaja.
Jadi tidak hairanlah jika ibu bapa tersebut mahu anak mengikuti jejak langkah mereka. Justeru, susu formula berasaskan protein soya menjadi pilihan terbaik untuk mereka.
Walaupun vitamin D3 dalam kebanyakan formula susu soya bayi datang dari sumber lanolin kambing, ia masih menjadi pilihan terdekat untuk susu formula bayi vegan sepenuhnya.
Ramai juga ibu bapa yang percaya bahawa penggunaan formula susu soya untuk bayi dapat mengurangkan kolik, alergi, dan risiko penyakit di kemudian hari, tetapi lebih banyak penyelidikan perlu dibuat untuk mengesahkan tuntutan ini.
Apakah Keburukan Pengambilan Susu Soya Untuk Bayi?
Formula susu soya secara semula jadinya adalah kaya dengan isoflavon, iaitu kompaun tumbuhan dengan struktur yang serupa dengan hormon estrogen.
Estrogen bertanggungjawab untuk perkembangan seksual wanita.
Jadi, mungkin ada yang takut formula soya boleh memberi kesan seperti estrogen berlebihan pada masa perkembangan seseorang bayi ketika tahap estrogennya masih rendah.
Kajian pada hari ini belum lagi melihat kesan jangka panjang yang mendadak atau buruk pada bayi yang diberi susu formula soya. Perkembangan seksual atau fungsi otak, tiroid, dan imun juga didapati tidak ada perbezaan.
Siapa Yang Memerlukan Susu Soya?
Formula susu soya telah digunakan sebagai formula bayi yang selamat selama lebih dari 100 tahun dan tidak banyak laporan telah dilakukan mengenai masalah kesihatan bayi-bayi tersebut dalam jangka panjang. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai pilihan susu formula yang sesuai untuk kebanyakan bayi.
Penggunaan susu formula soya biasanya hanya disyorkan untuk keluarga vegan atau mereka yang mempunyai bayi yang lahir cukup umur yang mempunyai galaktosemia atau kekurangan laktase keturunan. Jadi ia tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi pramatang.
Ini kerana susu ibu atau susu formula berasaskan lembu atau kambing masih diutamakan dalam pemberian susu kepada bayi.
6 Susu Formula Berasaskan Protein Soya Untuk Bayi
1. Isomil Rumusan Khas Soya (RM73.90 / 850g)
- Sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan protein susu lembu dan kambing
- Kaya dengan DHA, AA, lutein, dan beta-kerotin
- Menyediakan keperluan pemakanan yang tepat untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum
- Dual Carbohydrate System, iaitu gabungan dua karbohidrat menggunakan dua jalur penyerapan untuk memaksimumkan penyerapan dan meminimumkan risiko malabsorpsi
- Campuran minyak bunga matahari oleik tinggi, minyak kelapa dan minyak soya untuk memberikan penyerapan lemak dan kalsium yang lebih tinggi
- Sumber Nukleotida semula jadi untuk menyokong pertahanan badan yang normal
2. Similac Soy Isomil (RM170.18 / 873g)
- Membantu mengurangkan muntah, kembung perut, cirit-birit bagi kanak-kanak yang kurang toleransi dengan formula susu lembu
- Mengandungi AA, DHA, omega 3, omega 6, taurin, kolin, zat besi, zink dan nutrien penting untuk perkembangan otak dan penglihatan
- Mengandungi nukleotida semula jadi untuk membantu menguatkan daya tahan kanak-kanak
- Campuran lemak khas tanpa minyak sawit yang telah diteliti secara klinikal untuk meningkatkan penyerapan kalsium, menyokong tulang dan gigi yang kuat
- Similac Soy Isomil diakui paling dekat dengan susu ibu dalam semua jenis susu
- Membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam tindak balas imun bayi
3. Enfamil ProSobee Soy Infant Formula (RM141.28 / 624g)
- Mengandungi asid lemak, protein, mineral, serat dan vitamin untuk membantu menyediakan pelbagai nutrien penting untuk perkembangan yang sihat
- Bahan adalah bahan semula jadi yang menenangkan perut bayi
- Formula bebas susu membantu meredakan gas atau kembung perut dan kolik yang disebabkan oleh alahan terhadap formula berasaskan susu
4. Gerber Good Start Soy Based Powder Infant Formula (RM93.94 / 366g)
- Memberi keselesaan kepada bayi kerana intoleransi susu atau laktosa sambil memberikan nutrien lengkap dan protein berasaskan tumbuhan
- Kaya dengan DHA untuk perkembangan mata dan otak
- Halal
5. Authentic Karicare+ Soy Milk Infant Formula (RM208 / 900g)
- Diperbuat daripada protein soya bukan GMO
- Sesuai untuk bayi sejak lahir
6. Dumex Dupro Soy Milk Formula (RM29.74 / 400g)
- Kaya dengan DHA, vitamin A, kalsium, protein, dan FOC
Rumusan susu soya untuk bayi mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk sebilangan bayi yang sihat. Walau bagaimanapun, Mama harus berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menentukan sama ada formula berasaskan soya adalah pilihan terbaik untuk bayi anda.