Ibu, Bayi & Kanak Kanak

62 Syarikat Pengeluaran Susu Bayi, Makanan Pelengkap & Peralatan Penyusuan Dikenakan Tindakan

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan terdapat 156 bahan aduan melibatkan 62 syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi, dan peralatan penyusuan yang dibincangkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Highlighted

Sumber: Sinar Harian

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan syarikat terbabit telah dikenakan tindakan penalti seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Tindakan penalti tersebut termasuk amaran bertulis, penggantungan penapisan bahan untuk satu ke dua tahun serta pemberitahuan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Ujar beliau  lagi, beberapa tindakan juga telah dikenakan kepada syarikat-syarikat terbabit, iaitu pemberitahuan kepada Persatuan Antarabangsa Pengeluar-pengeluar Makanan bayi, kenyataan akhbar, dan terakhir disenarai hitam bagi pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

Selain daripada itu, KKM melaksanakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sejak tahun 1979 berdasarkan kepada ‘International Code of Breast-milk Substitutes’ dan resolusi-resolusi ‘World Health Assembly’ yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan menyatakan matlamat pelaksanaan tata etika itu adalah untuk melindungi dan mempertahankan amalan penyusuan susu ibu dan melindungi golongan ibu daripada gejala iklan yang mempromosikan produk berkaitan yang tidak beretika.

Sumber: Drafare

KKM juga mengingatkan semua syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan agar sentiasa mematuhi amalan etika yang ditetapkan di dalam Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

Beliau juga menegaskan bahawa antara langkah yang diambil Bahagian Pemakanan KKM di bawah tata etika tersebut adalah melalui aktiviti pemantauan berterusan yang dijalankan di setiap negeri.

Walau bagaimanapun, syarikat pengeluaran susu formula bayi hendaklah bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga qualiti serta memantau aktiviti produk yang mereka keluarkan.

Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk berhati-hati dan berwaspada dalam memilih susu formula terbaik untuk bayi anda. Andai kata Mommy masih ragu-ragu, Mommy boleh lihat senarai susu formula terbaik untuk si manja yang dikongsikan penulis Motherhood di sini.