Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tampak Extra Muda dan Cantik Seiring Usia Hanya Dengan Dua Bahan Utama Ini

Wajah jelita, kulit yang anjal, cerah sekata serta awet muda tentunya menjadi impian setiap wanita. Lebih-lebih lagi sejak bermulanya trend glass skin dari Korea yang menjadi fenomena dan digilai ramai.

Maka tak hairanlah pelbagai medium kecantikan seperti produk penjagaan kulit, alat solek dan pusat kecantikan semakin bertambah. Kalau Mommy perasan, kebanyakan model yang memperagakan produk/barangan ini rata-ratanya berkulit cerah dan flawless.

Tak teringin ke Mommy nak ada kulit yang sihat, cantik dan extra muda? Silap hari bulan, makcik sebelah rumah pun boleh tertukar Mommy dengan anak dara. Alangkah indahnya hidup. 

Lambakan produk kecantikan di pasaran – Jangan tersalah pilih!

Dengan pelbagai produk yang berada di pasaran sekarang, sebenarnya lebih mudah untuk Mommy dapatkan kulit yang kekal lembap, sihat, dan cantik. Tapi, sebelum memilih apa sahaja produk penjagaan kulit, pastikan Mommy periksa dahulu kandungan bahan-bahan yang digunakan.

Pilihlah produk yang tidak mengandungi bahan yang berbahaya seperti Paraben dan Phthalate. Apa yang terbaik adalah pastikan ianya terbukti secara klinikal.

Penting untuk Mommy tahu bahawa kesan penggunaan produk yang salah boleh menyebabkan kerosakan skin barrier dan breakout yang teruk. Bayangkan dari kulit yang sihat dan cerah sekelip mata sahaja boleh bertukar menggerutu dan kemerahan jika Mommy tersalah memilih produk.

Aduhai!

Bagi Mommy yang masih buntu untuk dapatkan produk yang diyakini dan selamat digunakan, jangan risau Watson dan Guardian kan ada! Boleh dikatakan kesemua produk yang dijual di sini adalah yang berdaftar dan lulus ujian klinikal.

Sebagai seorang ibu yang ‘obses’ dengan rutin penjagaan kulit, saya sentiasa melihat bahan-bahan sesuatu produk terlebih dahulu sebelum membeli produk tersebut dan apa yang saya boleh katakan dua bahan ini sangat membantu dalam memulihara kecantikan kulit saya – Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active.

Pasti Mommy tertanya-tanya apa sebenarnya Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active, bukan? Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca dan lihat apakah rahsia di sebalik dua bahan ini.

Gold- Peptide Crystals

Gold-Peptide Crystals merupakan teknologi terkini yang menggabungkan peptides dengan kristal emas tulen, menjadikannya 90 kali lebih stabil dan berkesan berbanding peptides biasa dalam proses meremajakan kulit. Bukan itu saja, Gold-Peptide Crystal juga berkesan untuk:

  • Menjadikan skin barrier menjadi lebih sihat
  • Terbukti dapat menghilangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah
  • Mengekalkan kelembapan/ hidrasi pada kulit wajah

Selain itu, Peptides adalah molekul protein yang mainkan peranan penting dalam sintesis kolagen di mana ia membantu proses kulit wajah yang lebih anjal. Manakala Gold Peptide Crystals pula berfungsi untuk melindungi peptide secara semula jadi daripada pecah serta membantu capai kulit yang licin dan lembut.

YouthGlow Active

YouthGlow Active pula terdiri daripada bahan aktif yang disesuaikan dari sebatian yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang hidup dalam persekitaran yang ekstrem.

Bahan aktif ini membentuk lapisan kelembapan yang melindungi kulit daripada faktor luaran yang boleh membahayakan kulit sementara ia menjadikan kulit kelihatan lebih awet muda dan berseri.

Gabungan kedua-dua bahan utama ini membantu meningkatkan keremajaan kulit dan mengurangkan kedutan, memerangi penuaan dan mengembalikan penampilan awet muda serta menjanjikan kulit yang sihat dan berseri.

Cystallure by Wardah

Mommy boleh merasai perubahan yang berlaku pada kulit wajah dengan gabungan kedua-dua bahan ini dengan menggunakan rangkaian produk Crystallure by Wardah.

Crystallure by Wardah mengandungi tujuh jenis produk yang sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit, bagi rutin waktu siang dan juga malam. Dan untuk dapatkan kesan yang lebih berkesan, Mommy perlu berdisplin dan konsisten amalkan Crystallure by Wardah dengan rutin penjagaan kulit wajah yang betul. OK?

Jom saya perkenalkan rangkaian produk Crystallure by Wardah yang Mommy boleh amalkan beserta kebaikan yang terkandung di dalam produk ini.

  1. Crystallure Supreme Activating Booster Essence – diformulasikan dengan 10x Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Matrix Key Molecule. ‘Booster Essence’ ini membantu meningkatkan dan mengoptimumkan keremajaan kulit agar tampil lebih awet muda dan berseri.
  2. Crystallure Supreme Revitalizing Oil Serum – yang diformulasikan dengan Active Delivery System. Ia juga kaya dengan Gold Peptide Crystals, Youth Glow Active, dan tujuh Minyak Botanikal yang dapat menyihatkan kulit dengan nutrien tambahan. Apa yang menariknya, serum yang berasaskan minyak ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa membuatkan rasa berminyak ataupun melekit.
  3. Crystallure Supreme Advanced Hydra Gel -sejenis gel pelembap yang diformulasikan dengan teksturnya yang ringan seperti air, serta gabungan Gold-Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Triple Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan menyuburkan kulit kering dengan berkesan. Bagi Mommy yang mempunyai kulit kering dan sentiasa sibuk gel pelembap ini wajib ada dalam tas tangan Mommy semua.
  4. Crystallure Supreme Double Act Micellar Gel – membantu membersihkan kulit wajah daripada sunscreen, solekan, kotoran, dan minyak yang terkumpul pada wajah semasa siang hari dengan lebih berkesan dengan hanya satu sapuan sahaja. Untuk kesan yang lebih optimum, Mommy boleh guna kaedah double-cleanse menggunakan Crystallure Supreme Double Act Micellar Gel dan mana-mana pencuci wajah yang Mommy suka.
  5. Crystallure Supreme Activating Overnight Cream – Biasanya, krim malam mempunyai tekstur yang lebih tebal berbanding krim pelembap yang digunakan pada waktu pagi. Berbeza dengan krim ini kerana teksturnya adalah lebih ringan, menyerap dengan cepat, dan juga kaya dengan Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active. Ianya membantu mempercepatkan proses pemuliharaan kulit semasa Mommy sedang nyenyak tidur. Krim malam ini sarat dengan GranActive Retinoid, iaitu vitamin A yang dapat mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa merengsakan kulit Mama. Bukan setakat itu, ia diperkayakan dengan Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active. Wah, tentu best kan bila bangun tidur je Mommy akan rasa kulit wajah yang lebih lembap dan sihat.
  6. Crystallure Supreme Advanced Eye Serum – Krim mata dengan kandungan Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Advanced Micro Peptide bertindak meremajakan kulit pada sekitar mata dengan kesan yang optimum. Selain itu, krim ini turut menggunakan Instant Soft Focus Technology bagi membantu mengurangkan garis-garis halus di sekitar mata.
  7. Crystallure Supreme Revitalising Rich Cream – Krim ini dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah serta awet muda. Bahkan krim ini turut membantu Mommy untuk tampil lebih yakin dengan kulit wajah yang cerah berseri.

Nak kulit wajah yang cantik, cerah berseri serta awet muda yang seiring dengan usia? Kini bukan lagi mimpi dan apa yang penting, Mommy tak perlu lagi keluarkan duit poket yang banyak untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Cukup dengan rangkaian produk dari Crystallure by Wardah sahaja, semua ini bakal direalisasikan.

Jom mulakan langkah pertama Mommy dengan rangkaian produk Crystallure by Wardah ini dan rasai sendiri kesannya. Sekiranya Mommy baru ingin mencuba, dapatkan sampel PERCUMA Crystallure by Wardah di sini

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai produk Wardah, Mommy boleh layari laman rasmi Facebook dan Instagram Wardah.