Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Tanda Rahim Jatuh Yang Kaum Hawa WAJIB Tahu

tanda rahim jatuh

Kredit gambar: istockphoto

Sistem peranakan kaum wanita adalah satu kurniaan besar daripada Tuhan. Ia bukanlah seperti anggota badan yang lain tetapi memegang peranan yang lebih besar iaitu untuk mengandung dan melahirkan zuriat.

Banyaknya rahmat pada rahim, banyak juga ujian yang dialami kaum wanita kerananya. Ada Mommy yang diuji dengan masalah kesihatan pada rahim, di pangkal rahim, di payudara, di ovari dan banyak lagi.

Topik yang sering menjadi bualan antara Mommy-Mommy adalah rahim atau peranakan jatuh. Memanglah, kerana ramai yang mengalami masalah ini.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Apa Itu Rahim Jatuh?

Menurut Klinik Dr Miss, dalam bahasa medikalnya, ia dipanggil procidentia atau prolapsed uterus. Kedudukan rahim telah jatuh ke bawah dan tidak berada di lokasi yang sepatutnya tetapi memasuki ruang vagina.

Jika keadaannya lebih teruk, ia boleh terkeluar daripada vagina tu sendiri.

9 Punca-punca Rahim Jatuh

Procidentia ni bukan terjadi kepada kesemua wanita tetapi ada punca-punca yang menyebabkan ia berlaku:

1. Kehamilan dan kelahiran anak yang menyebabkan otot di bahagian peranakan menjadi lemah.

2. Mommy yang mempunyai fibroid yang bersaiz besar.

3. Mereka yang sedang mengalami atau telah menopause.

4. Penuaan pada badan wanita.

5. Batuk yang berpanjangan.

6. Mereka yang mempunyai berat badan yang obes.

7. Mommy yang mengalami sembelit yang kerap.

Kredit gambar: istockphoto

8. Sering mengangkat barang yang berat.

9. Pernah melakukan pembedahan di kawasan tersebut.

Ada puncanya yang Mommy boleh elakkan dan ada juga yang tidak boleh.

Macam mana nak tahu kita ni sebenarnya ada masalah ini ya? Sesetengah orang, mereka memang peka dan boleh rasa ketika berhubungan intim. Tetapi ada juga yang tak perasan dan hanya perasan apabila keadaan dah teruk sangat dah.

Jom, kita tengok beberapa tanda atau simptom rahim jatuh ni:

7 Tanda-tanda Rahim Jatuh

1. Mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

2. Kawasan ari-ari Mommy rasa tak selesa dan terasa penuh je.

Kredit gambar: istockphoto

3. Sukar atau tidak boleh mengawal pembuangan air kecil.

4. Terasa ada sesuatu yang terkeluar daripada vagina Mommy.

5. Rasa sakit di bahagian ari-ari dan belakang.

Kredit gambar: istockphoto

6. Sering terkena jangkitan kuman (kencing kotor) pada tempat buang air kecil.

7. Sakit ketika berhubungan intim.

Cuba nilaikan, ada tak antara tanda-tanda ini yang Mommy sedang alami? Mungkin jika lebih daripada 3 tanda, sebaiknya Mommy kena dapatkan pandangan doktor.

Atau jika terasa sakit di mana-mana, terutamanya di bahagian peranakan, jangan tunggu dan tangguh. Segeralah dapatkan rawatan ya?

6 Cara Untuk Elakkan Rahim Jatuh

Ada benda yang kita memang tak boleh nak ubah seperti proses penuaan dan menopause. Tetapi ada juga yang jika kita proaktif, kita boleh mencegahnya daripada berlaku.

Jom Mommy, kita cuba beberapa cara ni:

1. Mommy hendaklah bersenam dengan kerap.

Kredit gambar: istockphoto

2. Amalkanlah diet dan pemakanan yang sihat supaya sembelit dapat dielakkan. Banyakkan fiber dan buah-buahan serta sayur-sayuran.

3. Lakukan senaman kegel secara berkala. Ia juga bagus untuk hubungan intim Mommy.

4. Dapatkan bantuan dan nasihat doktor apabila sering meneran ketika sembelit.

5. Berhenti merokok untuk mengelakkan batuk yang berterusan.

6. Elakkan dari mengangkat barang yang berat seperti pasu bunga.

Punca Dan Tanda Rahim Mommy Jatuh

Kredit gambar: istockphoto

Sebaiknya, kalau ada banyak tanda di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Bila dah terjadi tu, bukanlah senang untuk mengembalikannya di posisi yang asal.

Cumanya, buat Mommy yang sihat dan ingin mengelakkan masalah ini daripada berlaku, amatlah disarankan untuk amalkan gaya hidup yang sihat.

Jaga diri elok-elok ya Mommy?


Jaga kesihatan anda sebagai seorang wanita dengan pelbagai tips berguna di SINI.