Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tanda-tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Ibu Bapa

tanda susu formula tak sesuai dengan bayi

Adakah bayi anda kerap kentut dan kadang-kadang sukar untuk meneran “poo-poo” mereka? 

Pernah si manja memuntahkan kembali susu yang diminum? Atau mengalami alahan bila baby minum susu formula? Pasti Mommy di luar sana pernah mengalami situasi seperti ini. Haa mesti pening kita sebagai mak ayah, hendak pula yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Walaupun susu formula sangat menyenangkan, ibu dan bapa tetap perlu berhati-hati kerana si kecil mungkin mempunyai alahan tenusu (dairy allergy) yang menunjukkan tanda susu formula tersebut tidak seusai dengan bayi anda. 

Highlighted


Ayuh lihat tanda-tanda susu formula yang tidak sesuai dengan bayi.

Tanda-Tanda Susu Formula Tidak Sesuai dengan Bayi anda

1. Cirit-Birit atau Sembelit

Sumber: http://mysyahadah.blogspot.com/

Setelah bayi mencuba susu formula, cuba Mommy perhatikan tekstur dan warna najis bayi. Perhatikan sama ada najis tersebut keras atau lembut.

Jangan lupa perhatikan juga warna najis bayi. Antara tanda-tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda ialah najis terlalu cair.

Atau berlakunya sembelit di mana najis bayi disertai dengan darah. Bayi berisiko mengalami masalah usus dan akan gagal untuk mencapai berat badan yang optimal untuk tumbesaran.

2. Sakit Perut atau Kembung Perut

Sumber: patrika.com

Kembung perut atau Colic antara tanda susu formula tersebut tidak sesuai untuk bayi anda. Si manja akan menangis tanpa henti dan perutnya kelihatan kembung yang menunjukkan bahawa dia sedang dalam kesakitan atau tidak selesa.

Jika ini terjadi hanya pada peringkat awal pemberian susu, Mommy boleh sapukan minyak angin sahaja untuk melegakan ketidakselesaan perut si manja.

Tetapi, jika hal ini masih berterusan, Mommy harus serta merta hentikan penggunaan susu formula tersebut dan membawa si manja berjumpa doktor.

3. Bintik-bintik Merah

Bintik merah pada bayi akibat alergi susu berbeza dengan bintik merah akibat bayi berpeluh tau Mommy.

Kadangkala bintik merah ini boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit bayi.

Mommy kena selalu perhatikan sama ada badan bayi naik bintik-bintik merah yang banyak ataupun tidak. Jika tidak dirawat dengan cepat, bayi lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat ekzema atau penyakit kulit.

4. Masalah Pernafasan

Seperti orang dewasa, bayi juga akan mengalami masalah pernafasan sekiranya berlaku alahan terhadap susu formula.

Gangguan sistem pernafasan terhadap bayi akan menyebabkan terhasilnya lendir yang berlebihan sehingga nafas bayi berbunyi berdehit (wheezing) seolah-olah bayi mengalami penyakit asma atau lelah.

Sumber: sehatqcontent

Selain daripada masalah pernafasan, bayi anda mungkin juga akan mengalami simptom bersin, gatal hidung, dan mata yang akan berubah menjadi merah.

5. Muntah

Sumber: honestdocs.id

Jika pertama kali bayi mencuba susu formula, kemungkinan untuk bayi memuntahkan semula susu tersebut adalah tinggi ya ibu-ibu sekalian. Ini kerana bayi anda masih belum biasa dengan susu formula tersebut.

Mungkin ada juga Mommy yang beranggapan bayi muntah setelah minum susu formula kerana kurang suka dengan rasanya.

Jangan paksa bayi untuk minum susu formula secara berterusan hanya untuk membiasakannya dengan rasa susu formula tersebut.

Bagaimanapun, tahukah Mommy yang muntah ini boleh disebabkan oleh rasa tidak selesa dan sesak pada kerongkong?

Saluran pernafasan akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap bahan kimia tertentu yang terdapat dalam susu formula sehingga menyebabkan bayi sukar menelan susu, muntah atau menangis ketika meminumnya.

6. Batuk

Sumber: res.cloudinary.com

Pada mulanya, bayi mungkin akan mengeluarkan suara serak disebabkan berlakunya tindak balas terhadap susu formula.

Kemudian, bayi akan menjadi sering batuk terutamanya selepas minum susu formula. Jangan pandang remeh ya wahai Mommy sekiranya bayi mula menunjukkan tanda seperti ini.

Cuba ingat kembali, bayi anda pernah tak memberikan reaksi sebegini pada kali pertama diberikan susu formula.

Jika ya, sila berhenti dengan segera dan tukar susu formula si manja anda kepada pilihan susu formula terbaik untuk bayi yang lain.

Dibawah merupakan beberapa panduan bagaimana anda boleh atau harus menukar susu formula bayi anda kepada yang lebih baik.

Tips Menukar Susu Formula Si Kecil

# Beli susu formula dalam paket kecil. Mommy dan Daddy juga boleh memohon sampel percuma atau dengan sedikit bayaran di website pengeluar susu formula yang ingin dicuba seperti Similac. Jangan beli pek besar terus kerana kita hanya ingin si manja mencuba dahulu—sesuai atau tidak.

# Mulakan pemberian susu formula dengan sukatan yang paling sedikit. Jika tidak nanti membazir ya kalau bayi tak suka. Mulakan dengan bancuhan sekurang-kurangnya 2oz.

# Mommy dinasihatkan untuk memantau sebarang perubahan yang berlaku kepada bayi sepanjang tempoh percubaan susu formula. Semak semula jika bayi mempunyai simptom-simpton yang telah diberikan.

# Jika bayi anda tidak memberikan apa-apa tindak balas dalam masa terdekat, itu tidak bermakna susu tersebut 100% sesuai dengan si manja ya Mommy. Ini kerana ada alahan yang akan muncul dengan cepat dan ada alahan yang akan muncul dengan lambat. Semuanya bergantung pada tubuh bayi sendiri dalam memberikan tindak balas.

# Sekiranya berlaku sebarang tindak balas negatif, Mommy harus segera hentikan penggunaan susu formula tersebut. Jangan disebabkan kita hendak habiskan susu formula yang sudah dibeli, kita sanggup biarkan anak kita menderita.

# Mommy juga disarankan untuk segera membawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapat pengesahan mengenai simptom yang dialami dan memberikan panduan dalam memilih susu formula yang sesuai berdasarkan keadaan bayi.

Tugas mencari susu formula bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh. Bukan mahal atau murah yang menjadi ukuran, tetapi keadaan bayi kita sendiri.

Tambahan pula, lambakan susu formula yang ada di pasaran membuatkan Mommy dan Daddy pening kerana tidak tahu untuk memilih susu formula yang mana satu bukan?

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan mendapatkan nasihat pakar, membawa review dan rekomendasi ibu-ibu lain serta, WAJIB mengambil tahu mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam susu tersebut.

Ini semua untuk kesihatan dan keselamatan si manja kita bukan? Taknaklah tengok cahaya mata kita menangis kelaparan dan kesakitan. Kita sendiri pun boleh turut sakit nanti.

Untuk memudahkan Mommy, dapatkan susu formula terbaik di Motherhood.com.my hari ini.