Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ibu Dituduh “Mendera Kanak-kanak” Selepas Rakaman Tindik Telinga Bayi Menjadi Tular

tindik telinga bayi

gambar dari Youtube

Untuk membaca artkel ini edisi Inggeris, klik di sini.

Rakaman pendek yang dimuat naik dalam laman Facebook Piercing awal bulan ini jadi tular tentang tindik telinga bayi dan mencetuskan kemarahan di laman web media sosial.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Video berdurasi 2 minit 8 saat ini mendapat sambutan dengan lebih 3.6 juta jumlah penonton dan 12,000 komen dan menimbulkan banyak reaksi penonton. Dalam video tersebut, seorang ibu memegang bayi perempuannya sementara seorang pekerja cuba menghampiri untuk meletak penanda pada telinga bayi tersebut.

Highlighted

gambar diambil dari Youtube

Pada awalnya bayi tersebut kelihatan tenang, tetapi setelah dua orang pekerja mula menindik pada telinga bayi itu dengan serentak menggunakan pistol tindik telinga, bayi itu mula menangis manakala ibu dan pekerja tersebut cuba menenangkannya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

gambar diambil dari Youtube

Rakaman tersebut menimbulkan banyak spekulasi dengan rata-ratanya mengkritik perbuatan tersebut.

Antara komen yang diberikan:

“Barbaric! Mengapa lakukan ini pada bayi?”

“Bagaimana anda boleh melakukannya kepada bayi? Kejam!!”

“Saya berasa kesian pada bayi itu, mengapa mereka lakukan seperti itu pada bayi hanya untuk nampak cantik???? Bayi itu sendiri tidak meminta untuk ditindik malah tidak tahu apa yang telah berlaku dan tidak tahu apa ada pada telinganya tetapi merasakan kesakitan itu!! Saya rasa ini sangat kejam pada bayi!!”

gambar diambil dari Youtube

Kebanyakan komen yang diberikan adalah negatif, walau bagaimanapun seorang pengguna Facebook ini menegaskan fakta “Ini bukan lah perkara besar dia tidak mendera bayi itu masyarakat patut faham….”

Sesetengah pakar pediatrik mengesyorkan supaya ibu tunggu sehingga tetanus jab yang pertama sekiranya mereka memilih untuk menindik telinga bayi. Mereka juga memberi amaran kepada ibu bapa tentang penjagaan kebersihan sepanjang proses menindik telinga, dan alahan yang berpotensi terhadap alat tindik telinga.

Apa akan terjadi jika subang tersangkut pada baju atau berdarah atau bayi mencabut keluar. Apa juga akan terjadi jika subang tertanggal.. subang adalah benda yang terlalu kecil yang mampu membuat bayi atau anak kecil tercekik.

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah sama ada ia adalah penganiaya kanak-kanak atau bolehkah bayi mendapatkan tindik telinga pada seawal itu? Jelas sekali topik ini hangat dibicarakan oleh orang ramai.

Adakah anda atau mahukah anda dapatkan tindik telinga pada bayi anda?

Kongsikan pengalaman dan pendapat anda tentang tindik telinga bayi ini bersama kami.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bagaimana deria bayi anda mempengaruhi perkembangannya? Baca untuk mengetahui lebih lanjut di sini.